MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Kempen Bebaskan Hassan.
Hassan dan arwah adiknya, Raman merupakan anak Malaysia yang
mempunyai masalah keciciran dokumen. Pada tahun 2017, Ayah mereka yang
merupakan warganegara Malaysia telah meninggal dunia. Sejak itu Hassan dan
Raman tidak lagi boleh bersekolah dan perlu bekerja untuk membantu meringankan
beban keluarganya.
Pada tahun 2020 mereka telah ditahan oleh polis dan diserahkan
kepada pihak imigresen. Sepanjang dalam tahanan, mereka tidak pernah tahu bila
akan dibebaskan dan nasib mereka. Sehinggalah sekitar 27 Julai yang lalu, Raman
mengadu dadanya sakit. Namun dia hanya dibawa ke hospital pada 2 Ogos dan
disahkan meninggal pada 3 Ogos.
Sekarang,
Hassan memerlukan bantuan kita semua untuk mendesak agar pihak
imigresen membebaskannya. Ibunya memerlukan bantuan kita untuk melihat anaknya
pulang ke rumah tidak seperti jenazah adiknya, Raman. Keluarganya perlu bantuan
kita semua untuk melengkapkan suasana rumahnya.
Hassan perlukan bantuan, cukuplah seorang yang terkorban.