NK HASYUDEEN
Jabatan Perangkaan telah mengeluarkan data inflasi bulan Julai
2022. Kadarnya naik kepada 4.4% berbanding dengan Jun 2022.
Secara mudah, kadar inflasi ialah kadar kenaikan harga barangan
dan perkhidmatan. Jika kita ada RM 100 pada bulan Jun, barangan yang boleh
dibeli dengan wang yang sama hanyalah RM 99.63 pada bulan Julai. Ni secara
pukul ratalah. Bagi sesetengah segmen masyarakat, kadar kenaikan kos yang
dirasai lebih tinggi dari pengiraan rasmi Jabatan Perangkaan ini.
Di antara kumpulan utama yang naik harga ialah:
Makanan & minuman bukan alkohol - 6.9%
Restoran dan hotel - 5.8%
Pengangkutan - 5.6%
Berbanding dengan bandar yang mana kadar inflasinya ialah 4.2%,
kadar inflasi luar bandar hanyalah 3.2%. Ini mungkin kerana corak penggunaan di
bandar berbeza dengan apa yang biasa diguna di luar bandar.
Di antara sebab mengapa kos masih meningkat ialah:
Bekalan yang masih terhad. Perniagaan ni bukan macam tv, boleh
buka tutup berkali-kali dalam sejam. Apabila satu perniagaan terhenti,
pendapatannya hilang sedangkan kos masih berjalan. Inilah sebabnya saya amat
kritikal dengan jalan mudah untuk menutup ekonomi semasa pandamik Covid-19.
Banyak mana perniagaan yang lingkup dan yang hidup pun ada yang masih belum
pulih 100%.
Ganguan bekalan kerana perang Russia-Ukraine. Ini merupakan satu
perkara yang masih memberi kesan atas dunia kerana Ukraine adalah di antara
pembekal bijirin dunia yang besar. Kenaikan harga minyak dan has akibat boikot
ke atas Russia masih dirasai sekarang.
Kejatuhan nilai Ringgit juga adalah penyebab yang signifikan.
Malaysia mengimpot banyak bahan makanan. Jadi, apabila duit kita mengecil, kita
kena menggunakan lebih banyak wang untuk membeli jumlah makanan yang sama. Ini
menyebabkan harga barangan impot naik. Jika ianya melibatkan makanan haiwan,
kos ternakan juga naik.
Bagi perniagaan, kenaikan kos pengeluaran atau pun barangan yang
dibeli untuk dijual kepada pelanggan tentunya akan menyebabkan mereka kena
mengkaji strategi pengeluaran, jualan dan harga. Banyak kenaikan kos kena
dipindahkan kepada pengguna dengan harga yang lebih tinggi atau pun saiz produk
yang lebih kecil bagi mempastikan perniagaan terus untung. Jadi, bukan roti
sahaja yang akan naik harga.
Jika kita membaca komen-komen penganalisa berkenaan inflasi ini,
ada 2 perkara yang penting untuk kita fahami agar kita merancang kehidupan
untuk menghadapi inflasi:
1. Kos bahan api seperti minyak dan gas yang akan kekal tinggi.
Ini adalah kerana kapasiti bekalan masih kurang berbanding dengan kehendak
pasaran. Banyak kemudahan pencarian dan pemprosesan yang belum dipulihkan
sepenuhnya.
2. Kenaikan kadar faedah/pembiayaan untuk membendung inflasi.
Ini adalah teknik utama bank-bank pusat bagi mengurangkan permintaan yang
disokong oleh pinjaman/pembiayaan. Apabila kadar faedah/pembiayaan naik,
penggunaan wang secara pinjaman akan berkurangan. Ini akan mengurangkan
permintaan yang seterusnya akan melambatkan kenaikan harga.
Penggunaan dana yang tidak cekap akan memberikan kesan ke atas
kos. Ini termasuk kos infrastruktur dan perkhidmatan kerajaan. Korupsi yang
merangkumi rasuah dan salah guna kuasa akan menyebabkan kos-kos ini naik. Jika
kerajaan tidak cukup dana, ianya kena meminjam bagi meneruskan perkhidmatan
kepada rakyat. Pinjaman/pembiayaan ini bukannya percuma. Ada kos juga. Jadi
rakyat akan membayar kos rasuah dan salah gua kuasa.
Untuk membendung inflasi, kita bukan sahaja kena pandai
menguruskan ekonomi tetapi kena juga menaikkan pemimpin yang bijak tetapi masih
jujur dan amanah. Selepas mereka naik, janganlah kita menekan mereka untuk
menabur duit kepada kita. Itulah di antara punca mengapa mereka kena mula
menjadi curang dan terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.
Eh, terkeluar topik pulak. Tapi betul. Pemimpin yang curang
bukan sahaja menyebabkan pengurusan dana negara rosak tetapi akan menyebabkan
keselamatan negara terancam. Bolehkan kapal LCS yang 60% siap meluncur di
lautan luas untuk bertempur jika ada ancaman di perairan kita?