HAAAAA.... DIKATAKAN DAH SAKAW.....TAK ADA BUKTI KATA PEGUAM...

 

Kes Bung, isteri, diketahui pada Jumaat, bebas atau bela diri kes pelaburan Felcra





Bung Moktar berdepan tuduhan menerima rasuah sebagai suapan
 mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta
 dalam unit amanah Public Mutual, dan isterinya, Zizie Izette Abdul
 Samad, dituduh bersubahat bersamanya. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, dibebas atau diperintah membela diri atas pertuduhan rasuah dan subahat berkait pelaburan Felcra, akan diketahui pada Jumaat.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob dijangka menyampaikan keputusannya, pada 9 pagi.

Peguam Kitson Foong, berkata pasangan itu akan dibebaskan tanpa perlu pembelaan sekiranya Rozina mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

“Mereka bagaimanapun, akan diarahkan membela diri sekiranya hakim memutuskan pendakwaan sudah membuktikan semua elemen berkaitan tuduhan,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Pihak pendakwaan sudah memanggil 30 saksi dan mengemukakan 131 eksibit bagi pembuktian kes. Perbicaraan bermula pada 2 Jan 2020 dan berakhir pada 17 Mei tahun ini.

Antara yang memberi keterangan adalah bekas menteri kewangan II, Husni Mohamad Hanadzlah dan bekas timbalan ketua setiausaha perbendaharaan (pelaburan) Kementerian Kewangan, Mohmad Isa Hussain.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, berkata terdapat keterangan mengikut keadaan yang tidak dapat ditolak menunjukkan kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan itu.

Ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid dan Norhaili Ahmad Mokhtar bertukar menjadi saksi belot berikutan keterangan mereka di mahkamah dan kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak konsisten.

Law, bersama Timbalan Pendakwa Raya Faridz Gohim Abdullah dan Sophian Zakaria, berhujah bahawa Madhi dan Norhaili dalam pemeriksaan balas berhubung keterangan percanggahan dan terdapat beberapa kunci keterangan yang boleh dipercayai untuk kedua-dua tertuduh membela diri.

Peguam Bung, M Athimulan, berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan anak guamnya menerima suapan, kunci utama kepada pertuduhan dikenakan.

“Berlaku juga jurang material dalam kes pendakwaan,” katanya sambil menambah inferens bertentangan memihak kepada Bung memandangkan peruntukan dalam Akta SPRM tidak digunakan bagi mengisi jurang terbabit.

Peguam K Kumaraendran, mewakili Zizie, berkata tiada keterangan dikemukakan menunjukkan dia bersubahat dengan Bung.

Beliau memohon mahkamah membebaskan Bung dan Zizie atas alasan Madhi dan Norhaili, sudah memusnahkan kes pendakwaan.

Bung, 64, yang juga timbalan ketua menteri Sabah, berdepan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai suapan mendapatkan kelulusan Felcra bagi pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau dituduh menerima rasuah dari Madhi melalui Zizie, di cawangan Public Bank Taman Melawati, di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.

Bung juga berdepan pertuduhan menerima rasuah RM337,500 dari Norhaili, atas nama Zizie bagi perkara sama dan di lokasi sama, pada 19 Jun 2015.

Zizie, 44, berdepan tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya bagi perkara sama dan di lokasi, tarikh dan masa yang sama.