Betul Ke Menteri Agama PH Jual Aset Tabung Haji atau Sebaliknya?

 

Betul Ke Menteri Agama PH Jual Aset Tabung Haji atau Sebaliknya? 



Pelik juga ada lagi masih menjual fitnah yang Menteri PH jual aset tabung haji di sebalik Jabatan Audit Negara sendiri bagi Anugerah untuk penstrukturan/pemulihan semula TH.

Auns yang bodo memang degil nak faham....


Tabung Haji adalah tertakluk dalam Akta Tabung Haji 1995 https://www.tabunghaji.gov.my/en/tabung-haji-act. 


Dalam akta tersebut sub 22 (3.a) dengan jelas menyatakan yang hibah tidak boleh di bagi jika aset tabung kurang dari hutang tabung. Dalam bahasa mudah,   kalau jumlah hutang lebih dari asset, TH tidak boleh memberi hibah pada tahun tersebut.


Apa masalah dengan Tabung Haji ini sampai kena jual aset?


Baik saya terangkan sekali lagi terutama pada pengundi 18 supaya anda tahu, siapa yang buat kerja dan siapa yang auta.




Kalau sesiapa yang ada daya cognitif sudah tentu boleh membaca yang penstrukturan semua aset-aset sakit TH adalah satu keperluan. 


1) TH sebenarnya telah rugi dari tahun 2015 lagi; di sah kan oleh  Auditor luar (salah satu auditor adalah PricewaterhouseCoopers) 


2) Bila rugi ( libiliti lebih dari asset), ada satu klausa dalam Akta TH yang tulis TH tak boleh bagi hibah. 


3) Tapi macam mana TH masih boleh bagi hibah sampai 2018? Senang cerita creative accounting dengan bagi dividen guna duit pencarum.





4) Jumlah kerugian dalam masa 4 tahun tersebut ada dalam 4.1 billion. Nak restore balik balance sheet ni ada banyak cara, macam apa yang khazanah buat kitchen sinking, declare terus non performing asset bagi tahun tu. Tapi khazanah boleh la buat macam tu sebab dia tak ada tanggung jawab pada pendeposit. Kalau TH buat macam tu alamat nya mengamuk la orang kampung yang tak faham kenapa tahun ni tak ada hibah, tu belum masuk part TH juga bayar subsidi pergi haji.


5) Benda ini sama aje dengan kes LCS; boleh aje Mat Sabu tutup mata dan suruh LCS1 berlayar kosong di perairan. PH boleh aje tutup mata dan continue benarkan TH bagi dividen, pencarum happy tapi TH lah sakit in long run. Apa yang Mat Sabu (PH-Amanah) buat dengan LCS dia tubuhkan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK); siasat isu LCS. 


6) Sama aja dengan kes TH; PH boleh aje biarkan tak buat apa-apa, sebab nak perbaiki benda rosak memang renyeh. Cuma macam bagi pesakit kencing manis minum teh tarik tiap-tiap hari lah. Sebab it Dr Mujahid (PH-Amanah) tengok TH ini bermasalah, dia cadangkan penstrukturan semula TH dengan melantik orang-orang yang layak untuk baik pulih TH. 


7) Jadi apa langkah pertama yang di buat ialah tubuhkan syarikat SPV/UJSB; fungsi SPV ini ialah untuk membeli aset-aset TH yang sakit dan tak berdaya saing (masih untung tapi sikit sangat). Sebagai balasan kerajaan keluarkan sukuk 20 billion untuk fund SPV ini. 


8) SPV ini pun kena fitnah juga dulu, di katakan di punyai oleh Lim Guan Eng, padahal ia adalah milik Kementerian Kewangan di Perbadankan. Sekarang menteri kewangan adalah Zafrul; kenapa SPV masih di bawah MOF incorporated/Zafrul; bukan bawah LGE macam yang di tuduh? 


9) Bila aset-aset sakit di keluarkan, barulah kewangan TH nampak cantik; yang mana aset lebih dari libiliti. Kenapa dia buat macam ini? Supaya kalau dalam scenario terburuk bila semua pencarum Tabung haji decide keluarkan simpanan mereka; TH ada aset dan cash yang cukup untuk bayar. 


10) Yang jadi zaman BN ialah, duit dividen yang di bayar adalah hasil dari duit deposit penyimpan, bukan keuntungan TH yang sebenar. Pemimpin UMNO yang tuduh Mujahid jual aset TH pun dah tarik balik kenyataan dia di mahkamah; jadi siapa di pihak yang benar? 


11) Dan Insyallah kalau SPV boleh flip balik asset2 tersebut sampai jadi untung, Tabung Haji adalah entiti yang pertama akan di offer untuk beli semula, itu tu pun tebus balik pakai sukuk yang di keluarkan tempoh hari. 


12) Kejayaan PH pulihkan aset TH ini di akui sampai dapat sijil Ketua Audit Negara. Adik2 nak percaya kata-kata Ketua Audit negara ataupun mereka yang sendiri tak faham apa yang di tulis?


13) Pemulihan Tabung Haji ini salah satu kejayaan Pakatan Harapan dalam masa 22 bulan dari 60 bulan sepatutnya memerintah. Kalau PH memerintah hari ni banyak lagi aset-aset negara boleh di selamatkan.


14) Minggu lepas pun salah satu kejayaan Dr Mujahid (PH-Amanah) bila dapat bentang Majlis Peguam Syarie (Akta 814). Tahu tak benda ini dah sebut nak bentang bebelas-belas tahun, hanya bila masuk Dr Mujahid baru selesai. Kalau ada yang tanya apa faedah akta ini? Akta ini telah mengangkat Peguam Syarie sama taraf dengan Peguam Sivil yang di kawal di bawah Majlis Peguam. Jadi siapa sebenarnya yang menaikan martabat Islam dan siapa yang makan sagon?


15) Sebagai penutup, kita kena ingat apa yang berlaku di hadapan mata kita adalah peringatan dari Allah. Yang jujur di tuduh khianat, yang khianat pula di tuduh jujur. Ini bertepatan dengan hadis tentang kebangkitan golongan ruwaidbhah. 


Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)


16) PRU15 nanti pilihlah yang betul-betul hendak menyelamatkan negara; yang sudah terbukti kompeten dan berprinsip. Jangan pilih mereka yang khianat, menjual agama, mencuri wang rakyat dan rasuah tanpa rasa malu. Kalau hendak pilih juga mereka yang khianat pada amanah negara jadi pemimpin, lihat sahajalah ending umat-umat terdahulu yang di musnahkan sebab tidak menerima peringatan dari Allah SWT


MMMS