Saya bertemu Bentara Parlimen saudara Shukor Bin Mohamad yang
hari ini merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di Parlimen.
Beliau telah berkhidmat selama 40 tahun sejak tahun 1982 di
Parlimen dan di bawah enam Perdana Menteri.
Saya ucapkan terima kasih atas komitmen dan khidmat bakti yang
beliau curahkan kepada institusi Parlimen.
Selamat bersara!