INI SALAH SATU CERITA ZAMAN DULU DULU....MASA TU DAP PUN HADI PELUK.....AKHIRNYA ...DAPAT 3 NEGERI KERANA KHIANAT...
Panas! Shahril kecam dakwaan Hadi
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyanggah kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa penubuhan Muafakat Nasional (MN) tertangguh kerana masalah ditimbulkan beberapa pimpinan dalam UMNO.
Shahril berkata, fakta menunjukkan bahawa UMNO tidak melengahkan penubuhan gabungan tersebut dan sebaliknya menyatakan bahawa proses berkenaan tergendala disebabkan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menubuhkan Perikatan Nasional (PN).
“Surat jemputan untuk Bersatu menyertai MN yang ditandatangan UMNO dan Pas, kita hantar pada 13 Ogos 2020. Hantar dah surat, tetapi 16 hari selepas itu, PN tiba-tiba melancarkan logo dan bendera mereka, lapor Sinar Harian.
“Jadi, tiada siapa yang tangguh. Kita hantar surat (tapi) tiba-tiba PN dilancarkan. Kemudian kita selidik macam mana tiba-tiba boleh lancarkan PN, rupa-rupanya PN diam-diam didaftarkan pada 7 Ogos 2020. Jadi dia daftar PN baru dia terima surat MN.
“Jadi jangan salahkan UMNO kononnya melengahkan kemasukan Bersatu dalam MN sedangkan kalau tiba dah buat PN nak menggantikan MN, dah tak relevan soal surat jemputan kepada Bersatu itu,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebooknya pada Rabu.
Abdul Hadi pada 31 Julai lalu mendakwa sikap pemimpin UMNO yang menimbulkan masalah menyebabkan penubuhan MN tertangguh sehingga kini.
Shahril menjelaskan, UMNO tidak boleh bekerjasama dengan Bersatu kerana parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin itu dilihat tidak ikhlas untuk menjayakan usaha tersebut.
“UMNO tak lewat, UMNO tak lengahkan. Cuma sebenarnya Bersatu tak terlintas pun dalam fikiran mereka nak join MN selagi dia tidak boleh control MN. Sebab itu dia tubuhkan PN yang dia boleh kawal dan kemudian dia minta BN untuk masuk. Minta maaf, (BN) tak masuk,” ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai keyakinan Muhyiddin yang juga Pengerusi PN terhadap keupayaan gabungan itu untuk menang 100 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Shahril berkata ia dilihat hanya sebagai kata-kata pembakar semangat.
Katanya, kenyataan sama juga pernah disuarakan oleh pemimpin itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini namun hakikatnya adalah berbeza.
Jelas beliau, dakwaan Muhyiddin yang mengatakan bahawa kerajaan negeri Terengganu di bawah Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya menunaikan 100 peratus manifesto dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) juga boleh dipersoalkan.
Jelasnya, ini kerana selain beberapa inisiatif telah pun dimulakan di bawah kerajaan BN sebelum ini yang hanya diteruskan di dalam manifesto Pas, kerajaan negeri itu masih belum memenuhi manifesto ‘original’ dibuat oleh pentadbiran di bawah pentadbiran Ahmad Samsuri.
Antaranya manifesto itu menurut Shahril adalah penyediaan 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh empat tahun dan menambahkan tanah rizab Melayu daripada 118 kepada 10,000 hektar.
“Dua perkara ini sahaja sudah menunjukkan kalau Pas Terengganu kalau tidak ciplak idea BN, mereka memang pasti masih belum tunai 100 peratus manifesto seperti mana didakwa Muhyiddin dalam pelancaran PN Terengganu tempoh hari,” ujarnya.