SHAMSUDIN NAWAWI
But we don't speaketh eloquent rubbish!
Sebagai peguam, kalau kita tarik diri atau diberhentikan khidmat
oleh anakguam, apa perlunya buat statement macam2?
Buat press conference, keluarkan press statement itu kenapa?
Kalau bertujuan hendak memberi penyokong dan taksubers faham, apa perlu nya
pula mempersoalkan apa yang telah diputuskan oleh hakim?
Hakim telah putuskan bukti baru yang diwar-warkan itu tidak lagi
boleh dibawa masuk dengan alasan undang2 yang sedia terpakai. Itu keputusan
mahkamah tertinggi negara, the Apex Court.
Hujahan yang kita buat tidak sampai ke tahap boleh diterima oleh
mahkamah terpaksalah kita terima. Kerana hujahan itu sudah di Apex Court. Lain
lah kalau dikemukakan di mahkamah lebih rendah, boleh lah kita terus merayu ke
mahkamah yang lebih tinggi.
Akui kesilapan kita kerana tidak bawa perkara itu semasa di
mahkamah lebih rendah dulu. Kalau tak perasan semasa di Mahkamah Tinggi, takkan
lah semasa di Mahkamah Rayuan juga tidak perasan? Those materials were readily
available had your team be a little bit more diligent.
Bukankah itu mendedahkan kelemahan persediaan kita sendiri.
Apa perlunya lagi bercakap pasal "nuclear effect"
sedangkan bidangkuasa mahkamah menolak permohonan yang tidak menepati kehendak
undang2 tidak perlukan kita jadi nuclear scientist untuk memahaminya.
Apa juga perlunya mendedahkan ketidakcekapan kita bila mengaku
tidak tahu yang peguam menarik diri dari perbicaraan kes jenayah perlukan
kebenaran mahkamah. Perkara asas begitu kalau tidak tahu menunjukkan bahawa
perbicaraan kes jenayah bukan lah bidang kita. Dan sekali gus menjadikan tanda
tanya mengapa lah dia dilantik untuk menjadi peguam dalam kes jenayah yang besar?
Apa juga peguam buat di mahkamah mesti mendapat kebenaran
mahkamah dulu. Hendak bangun berhujah pun perlu izin mahkamah dulu. Bukan boleh
bangun tiba2 berhujah sahaja. Itu contoh buruk yang sering berlaku dalam Dewan
Parlimen.
Memang benar kita kena akui apabila hakim tidak berpihak kepada
kita sangat menyakitkan hati. Tapi sakit hati itu bukan traits of a real pro.
Itu amateurish.
In the final analysis, you speaketh eloquently uttering rubbish!