TIADA KHEMAH BESAR TAK SEMESTINYA PH TIDAK BOLEH MENGUASAI. PARTI LAIN BOLEH MENJADI SEKUTU DENGAN SYARAT YANG DITETAPKAN PH...ANWAR PM

 

KUATNYA UMNO  ?




1. Sebelum PRU14, truth be told, saya pengundi tegar BN/ UMNO. Pada saya ketika itu, formula penyatuan bangsa Malaysia dalam Barisan Nasional itu saya suka. Pemimpin yang dominan adalah daripada kaum majoriti. Parti lain mendokong konsep yang sama.

2. Come PRU14, Barisan Nasional makin malap. Bukan kerana isu penyatuan bangsa, tetapi isu rasuah dan salahguna kuasa. Bukan saja UMNO terpalit, tetapi MCA dan MIC pun sama naik. Rakyat yang bijak tahu rasuah ini ialah kanser yang menjahanamkan. Makanya, kerana sayangkan negara, parti 60 tahun ini rakyat tumbangkan.

3. Ingatkan, UMNO dan BN akan tersedar dari lamunan. Guna peluang ini untuk membersihkan parti daripada penyangak dan penyamun. Namun, kanser itu sudah mengakar dan membenam ke bumi. Mereka hanya pikirkan survival parti.

4. Makanya, geng2 Klepto ini diangkat kembali. Digelar “Bossku” dan “Mr Presiden”. Kes2 rasuah mereka yang berbilion dipandang enteng. Pada kita, UMNO masih berperangai lama. Mungkin mereka ingat orang Melayu ini boleh dibodohkan selamanya.

5. UMNO bertuah kerana lawannya juga tak kuat mana. Mereka mungkin tidur sebantal tapi mimpinya lain2. Tiga PRN, UMNO bangkit semula. Sampai boleh menang 2/3. Namun demikian, itu hanya nampak pada muka. UMNO pun sebenarnya bukan kuat mana.

6. PRN Negeri Johor dan Melaka tidak menunjukkan kekuatan UMNO bertambah. Mereka hanya bergantung kepada pengundi tegar. Mereka menang 2/3 kerusi dengan hanya 20% pengundi yang mendaftar. Ramai pengundi tegar yang boikot pilihanraya.

7. Tetapi jangan disangka, PRU nanti akan sama. Ingat dulu, BN banyak menang PRK, tapi ketika PRU14 BN tumbang jua. Sentimen pengundi peringkat negeri dan nasional tidak sama. Sentimen ini juga diutarakan oleh pemimpin mereka sendiri. Mereka pun sedar UMNO belum kuat lagi.

8. Dominasi UMNO untuk kerusi majoriti dan tegar Melayu juga makin susut. Pada tahun 1986, UMNO menang 85 daripada 86 kerusi Parlimen Melayu. Pada tahun 2013, jatuh ke 73 dari 105 kerusi yang ditanding.

9. Pada 2018 makin teruk. Hanya menang 46 daripada 105 kerusi. Ini pertama kali dalam sejarah, kerusi yang UMNO kalah lebih banyak banyak daripada kerusi yang dimenangi. Tambahan memalukan, UMNO kalah banyak di kerusi kawasan Melayu. Ini hanya menunjukkan satu perkara. UMNO sudah makin kehilangan undi penyokong tegar mereka. Ramai yang bertukar menjadi pengundi atas pagar.

10. Sekarang nasib UMNO hanya bergantung kepada dua perkara. Satunya, kalau Pembangkang tak bersatu dan tiada khemah besar, UMNO mungkin boleh menang PRU15. Namun kalau sebaliknya berlaku, UMNO akan tumbang sekali lagi. Kifarah PRU14 akan bermula kembali.

11. Yang keduanya, nasib UMNO akan ditentukan oleh keputusan ROS. Kalau ROS setuju tiada pemilihan parti, makanya mungkin UMNO boleh menarik nafas lega. Boleh terus menekan Kerajaan untuk adakan PRU segera.

12. Namun, kalau sebaliknya berlaku. UMNO akan porak peranda. Sengketa pelbagai puak dalamnya akan bermula. Tak elok untuk optik menjelang pilihanraya.

13. Paluan gendang plihanraya akan bermula dua tiga bulan lagi. Pada saya, UMNO is now at the weakest. Kebergantungan kepada Klepto ini akan membawa padah. Sejujurnya, kalau UMNO buang mereka, dan angkat kombo H2O, Tok Mat, KJ dan Azalina, saya percaya majoriti orang Melayu akan kembali buka mata.

14. Kena ingat, kuatnya UMNO itu bukan kerana retorik pejuangan bangsa semata2. Tetapi kerana kualiti pemimpinnya.

15. Tapi seperti yang kita semua sedar, susah nak jumpa set2 berani melawan arus dalam UMNO. Kita harapkan ada lah “Hang Jebat” antara mereka.

16. Namun, yang menonjol hanya set “Hang Kebun” saja. Sejenis yang menuai hasil senang depan mata. Sampai sudahlah UMNO ini tak ke mana.

Salam hormat,

Liyana Marzuki