Terima kasih Aqieal, rakyat Malaysia patut contohi
JUSTICE FOR ALIA
Selepas kes Siti Bainun kita dikejutkan pula dgn penderaan Alia.
Seperti org lain saya bila melihat klip video ini terus menyirap satu
badan…kenapalah manusia lebih kejam dari binatang. Alia dipukul dgn penyangkut
baju, penyapu dan dicucuh dgn pemetik api oleh keluarga angkatnya.
Pasti anda menonton klip video di bawah akn merasai perasaan yg
sama (marah & sedih ). Apapun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kpd Aqiel dan rakan2 kerana berani dan bertindak segera sebelum terlambat.
Sikap Aqiel itu wajar dicontohi oleh rakyat Malaysia. Kita tidak
mahu lagi kes Bella yg teruk didera oleh Siti Bainun kerana pekerja2 di rumah
pengasuh ‘Rumah Bonda’ tidak bertindak segera walaupun melihat kejadian
tersebut.
Jika pasangan suami isteri itu terlepas hukuman tak tahu la
saya. Dgn bukti video tersebut apa lagi yg ingin dinafikan…. Aqiel dan kawan2
kalian bukan sahaja berani tetapi bijak apabila merakamkan kejadian tersebut
sebagai bukti. Anda telah menunjukkan tauladan yg baik utk rakyat Malaysia
ikuti.