"Don't play politics!" selar Annuar Musa bila ada yang
mencadangkan agar gaji menteri dipotong bagi menghadapi inflasi. Menurutnya,
memotong gaji menteri tak cukup membantu. Berapa sangat pun.
Aku tak nafikan. Kalau gaji semua menteri dipotong, tak banyak
mana pun penjimatan dapat dibuat. Tapi tak banyak pun, setidaknya ada juga
penjimatan. Kan? Dan kita bukan cakap soal 36 orang menteri sahaja.
Selain 36 menteri, ada berpuluh-puluh lagi timbalan menteri.
Selain itu ada juga jawatan duta khas dan penasihat khas. Kemudian ada dibentuk
jawatan kuasa atau pasukan khas lain yang biasanya semua berelaun.
Rasanya tak kurang ada 100 jawatan yang boleh dipertimbang untuk
dipotong gajinya. Selain gaji, para menteri juga mewah dengan pelbagai elaun.
Jadi sebenarnya banyak yang boleh dijimatkan kalau ianya dibuat.
Kerajaan juga boleh tutup beberapa kementerian dengan
menggabungkan fungsinya. Contohnya seperti Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
boleh digabungkan dengan Kementerian Air dan Alam sekitar.
Bayangkan kalau dibuat, berapa banyak lagi dana negara dapat
diselamatkan. Tapi tak usah haraplah. Tak mungkin Isnail berani buat kerana
kedudukan dia sebagai PM amat bergantung kepada sokongan mereka yang dilantik
ini.
Cuma satu saja aku nak semua rakyat sedar. Bila ada pihak
cadangkan agar gaji menteri dipotong, bukan main melompat lagi si Annuar ni.
Tapi dia tak melompat sikit pun bila subsidi untuk rakyat ditarik balik atau
dikurangkan.
Penarikan subsidi itu sebenarnya tak jauh bezanya dengan
pemotongan gaji. Kalau dulu RM100 cukup untuk belanja seminggu, sekarang hanya
untuk tiga hari. Gaji jadi tak cukup. Sama ertinya dengan gaji dipotong.
Inilah bukti jelas mereka hanya pentingkan diri. Tak wujud pun
kebajikan rakyat dalam fikiran mereka. Rakyat nak miskin, lantak koranglah.
Janji gaji aku tak kurang. Janji aku dapat pakai jam mewah dan baju mahal.
Yang bermati-matian mempertahankan mereka ini, tanyalah diri
sendiri. Sedang kamu terhimpit kini, mereka seronok bermewah-mewah dengan gaji
yang kamu sendiri bayar mereka. Berbaloikah? Guane boh?