FAIZAL RAHMAN
SOSMA: PENGAJARAN TATKALA BERKUASA
1. Terserlah kemunafikan PAS bilamana menyokong usul
“menghidupkan” semula SOSMA. Jika dahulunya SOSMA zalim & bercanggah dengan
Islam tetapi kini, SOSMA yg sama di katakan selari dengan Islam. Bagaimana
dengan susuk tubuh bernama Aisyah yg dulunya PAS beria-ia membela beliau???
2. Demi kesucian Islam & keadilan Islam, PAS sesungguhnya
adalah kelompok manusia yg paling hipokrit, munafik & hina!
3. UMNO tak relevan untuk di perkatakan lagi kerana mereka sudah
sebati dengan draconian law. Kezaliman UMNO terhadap rakyat tidak perlu lagi di
ulas.
4. Kezaliman SOSMA ini bermula apabila ruang penyalahgunaan
kuasa berlaku secara berleluasa, kezaliman terhadap orang yg di tangkap,
keluarga di nafikan akses, dunia mereka menjadi kelam, definisi keganasan
terlalu luas. Bukan sedikit perkongsian tahanan bagaimana mereka di torture
mental dan emosi, semata-mata untuk mendapatkan keterangan yg akhirnya menjerat
mereka sendiri. Keterangan mereka di pandu kepada suatu arah tertentu yg mana
mereka berikan dlm keadaan mental mereka sendiri separa sedar akibat di tekan
berminggu-minggu lamanya.
5. Antara cerita-cerita sempat di rakam:
5.1 tahanan di ugut dengan anak yg baru 2 minggu di lahirkan,
isteri yg masih dlm pantang, alamat rumah di dedahkan termasuk kedua ibu bapa
mereka dan di ancam untuk di “usik”. Di simpan dalam bilik kecil yg lampu di
pasang 24 jam, tidak tahu siang dan malam, penghawa dingin 24jam, ada ketika
menjadi sgt sejuk. Semua ini di semata-mata menekan tahanan utk menjawab soalan
mengikut selera team siasatan.
5.2 Bertemu dengan peguam hanya setelah sebulan keluarga tidak
mengetahui di mana tahanan berada. Ada kes yg di pukul teruk dan lebam-lebam di
badan. Peguam bertemu tahanan dalam keadaan di kelilingi angota polis yg
lengkap bersenjata di badan. Dalam keadaan itu, memang tidak ada apa-apa
keterangan yg dpt di rekodkan. Kerana mereka sudah di “pesan” untuk berdiam diri
kalau tidak mahu menerima “habuan”.
6. Untuk orang awam di luar sana, usah cakap “siapa suruh buat
salah, kalau tidak salah mesti tidak di tahan SOSMA”. Kerana anda atau keluarga
anda belum tahu lagi nasib anda bagaimana. Dalam sejarah tahanan SOSMA, pelbagai
latar belakang yg sudah menjadi mangsa; memiliki baju yg tidak pernah di
haramkan, memiliki buku yg di jual di pasaran, buku di pamerkan di
perpustakaan, bergambar dengan kawan, memberi sumbangan pun kena. Dari peniaga
air balang, penganggur, student, berjawatan dan sebagainya. Seakannya ada
“usaha” untuk membuat profile tersendiri SOSMA.
7. Di sebalik kekesalan terhadap laporan SOSMA di parlimen hari
ini, jauh di sudut hati aku, aku terkilan dan menyalahkan kerajaan PH yg ketika
itu tidak serious untuk memansuhkannya. Masih lagi mengambil pendapat pemegang
taruh yg cenderung SOSMA di pertahankan. Meskipun kumpulan pengganas di pulau
pinang kebal tidak terusik. Kesalahan boleh kalau hendak di halakan kepada
muhyiddin yassin yg ketika itu hanya mahu meminda SOSMA. Kesudahannya tersadung
dek Langkah semburit sheraton.
8. Jadi bilamana hari ini ia di hidupkan semula, ketahuilah
rakyat akan kembali di war-war kan dengan pelbagai kes “keganasan” yg mana
definisi keganasan itu tertakluk atas mereka sang penguasa! Maka tidak ada
sesiapa yg boleh menjamin terlepas. Silap hari bulan, hobi (collector)
memilliki set buku-buku strategi peperangan, set buku-buku senjata api/bom juga
anda boleh di klasifikasikan sebagai memiliki bahan-bahan keganasan. Itu belum
lagi sentuh bab perbezaan pendapat di kalangan ilmuan islam. 1 ketika Ibn
Taymiyah hampir pasti di jadikan asbab/punca melahirkan pengganas yg hampir
membawa kpd barangsiapa yg memetik pendapatnya, boleh jadi boleh di tuduh
sebagai pengganas. Begitulah betapa carca marbanya SOSMA. Belum lagi kita
persoalankan tentang “team pemulihan” pengganas yg entah di kutip daripada
mana.
9. Harapan aku sekiranya PH mentadbir semula, usah lagi membuat
tindakan U-Turn terhadap sesuatu manifesto termasuklah penghapusan undang2
draconian SOSMA ini. Menghapuskan SOSMA bukanlah bermaksud melaksanakan
manifesto sebagai akujanji kepada pengundi semata-mata, tetapi menghapuskan
SOSMA juga bermaksud, negara ini menjunjung hak & keadilan meskipun
melibatkan isu keselamatan. Peruntukan undang-undang sedia ada sudah memadai
untuk membendung ancaman keganasan.
10. Untuk rakyat Malaysia, berhati-hatilah kerana SOSMA itu
lebih banyak memangsakan manusia tidak berdosa daripada “pengganas” atau
“keganasan” yg sebenar.