SAMSUDIN NAWAWI
PRU yang sudah2, apabila Daim membuat ramalan dan analisa, kalau
tidak 100% tepat pun, 80% betul. Maknanya analisa yang dapat markah A. Kalau
bukan A+ pun, A- pun A juga.
Kenyataan Daim ini akan menjadi perbahasan mungkin juga polemik
dalam seminggu dua akan datang. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Itu
perkara biasa.
Kita tengok metar macai2 Umno/BN nak ulas apa dulu.
Apa yang saya nak ulas sebagai pembuka gelanggang, Umno ini masa
depan jangka pendek nya bergantung kepada 2 institusi.
1. RoS untuk luluskan pindaan perlembagaan adakan pemilihan
dalam tempoh 6 bulan selepas PRU. Kalau tak lulus, terpaksa lah hadapi
berperang sesama sendiri dahulu sebelum berperang pula dengan orang lain dalam
PRU.
2. Mahkamah. Bergantung nasib dengan keputusan yang bakal
diberikan kepada bekas Presiden dan current President. Kalau mahkamah kata
lepas, ada effect nya. Kalau mahkamah kata ke dalam pun ada effect nya.
Ayuh....sila masuk.