NORMAN RADZUAN
Presiden Sri Lanka LOLOS larikan diri dgn kapal laut…
Adakah suatu hari nanti rakyat akan serbu ke Sri Perdana?
JANGAN TUNGGU KITA JADI SEPERTI SRI LANKA
Sudah berulang kali sejak tahun lepas saya menulis mengenai Sri
Lanka bermula dari hutang mereka yg semakin membarah. Ketika itu saya ramalkan
mereka bakal menjadi seperti Mexico dan Greece. Akhirnya apa yg bakal terjadi
telah terjadi.
Ini kerana ia berpunca daripada perlakuan rasuah sejak sekian
lama oleh ahli2 politik mereka. Rasuah ini macam kencing manis perlahan lahan
akn rosakkan buah pinggang dan pelbagai kompilasi lain yg kita panggil penyakit
3 serangkai.
Sri Lanka skg bukan sahaja meminta bantuan negara seperti
Britain, Russia dan Jerman tetapi kpd rakyatnya di luar negara. Bayangkan
kerajaan minta duit pada rakyat utk hantar mata wang asing.
Menurut Gabenor Bank Sri Lanka, penyaluran mata wang asing ke
negara ini hanya digunakan utk perkara penting seperti mendapatkan bekalan
makanan, bahan api dan ubatan.
Seorang jutawan Sri Lanka di luar negara memberitahu dia tidak
yakin wang yg disalurkan akn digunakan sebaiknya. Ini kerana sumbangan jutaan
dolar sebelum ini oleh ramai rakyat Sri Lanka di luar negara tidak sampai kpd
mangsa tsunami tetapi masuk poket ahli2 politik.
Berita luar negara menulis ‘Economists say the crisis stems from
domestic factors such as years of mismanagement and corruption. Much of the
public’s ire has focused on President Rajapaksa and his brother, former Prime
Minister Mahinda Rajapaksa.’
Perangai ahli politik atau pemimpin negara Sri Lanka dan
Malaysia tidak ada bezanya. Yg membezakan situasi skg Malaysia masih boleh
bertahan adalah kerana hasil buminya yg kaya di mana Sri Lanka tidak ada. Kita
ada petroleum & gas, balak, sawit dan lain2 jika tidak kita akn lebih awal
terjadi dari Sri Lanka.
Apapun mengikut pakar ekonomi jika rasuah ini tidak dibendung
negara kita yg sudah berhutang trillion akn alami perkara yg serupa. Mungkinkah
nanti apabila kerajaan tidak mampu membayar gaji dan membeli barangan asas
terutama perubatan rakyat Malaysia akn lakukan perkara yg serupa?
Semalam rakyat Sri Lanka ceroboh Istana Presiden. Mereka
berkampung di situ dgn menggunakan segala fasiliti yg ada. Adakah suatu hari
nanti rakyat Malaysia akn menceroboh Sri Perdana? Tiada yg mustahil apabila
rakyat sudah terdesak utk isi perut anak bini.
Apapun dimaklumkan Presiden Sri Lanka telah melarikan diri
semalam dgn menaiki kapal laut ke destinasi yg tidak diketahui. Intai2lah dkt
Selat Melaka takut dia hadir ke sini.
Maklumkan kreateria dan bakat menyamunnya ramai kawan2 di sini.
Org korup mesti cari geng korup Mesti
anak Rajapaksa ini kesal dia tak dipanggil ‘Bos ku’ di negaranya hingga
terpaksa larikan diri.
Bertindaklah segera rakyat Malaysia sebelum terlambat. Anda
hanya perlukan pen utk ubah nasib negara dan keluarga anda.