Pergi Haji tapi dengan Cara Menipu.


MOHD FIRDAUS JAILAN






Pergi nak buat ibadah tapi on the way nak kesana guna cara menipu. I is kennot brain.

Bila saudi banyak tangkap puak macam ni dan ketatkan lagi visa. Bukan sahaja jemaah haji kena tempias teruk, dengan geng-geng umrah sekali kena libas.

Udah-udahlah beria nak pergi haji ni. Haji ni untuk yang mampu. Kalau kita ni terpaksa menipu dan ambil risiko kena penjara macam ni, tak perlulah pergi haji sebab kita tak mampu.

Stoplah using word Allah jemput Allah jemput kalau ini kaedahnya nak masuk negara orang dan langgar peraturan negara orang.

Yang bukan-bukan jer perangai.

Mampu ni bukan kira ada duit sahaja. Mampu ikut peraturan dan hak sesebuah negara pun satu kemampuan juga. Kalau tak mampu, tak payah.