Rakyat Buat Meja Sisa Tunggul Kayu Terpakai Kena Sita oleh
Jabatan Hutan Kelantan di TANAH MERAH, Kelantan
TANAH MERAH - Jabatan Perhutanan Negeri menyita 10 tan sisa dan
tunggul kayu, termasuk tual kayu bulat pelbagai spesis tanpa pas pemindah yang
sah dalam tiga operasi berasingan, sejak Khamis lalu.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu
Samah berkata, serbuan tersebut dilakukan pihaknya berdasarkan maklumat dan
aduan awam.
Hasil siasatan, Abdul Khalim memberitahu, seorang suspek berusia
40 tahun turut ditahan dalam serbuan tersebut selepas menemui beberapa hasil
hutan yang telah ditukar kepada bentuk meja dan kerusi.
“Beliau gagal mengemukakan sebarang dokumen yang membenarkan
beliau memiliki hasil hutan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 84(1),
Akta Perhutanan Negara 1984: Memiliki Hasil Hutan Secara Menyalahi
Undang-undang.
“Mengikut siasatan awal kami, suspek yang terlibat dalam
ketiga-tiga kes ini dipercayai membeli hasil hutan ini melalui penduduk kampung
yang menghantar ke premis mereka tanpa sebarang kelulusan yang sah dari Jabatan
Perhutanan Negeri.
Sumber sinar