Di bawah ini adalah reaksi Najib Razak sebagai mengulas tulisan Tun Mahathir Mohamad yang bertajuk ‘Jailing Najib’.
Tun, dengan segala hormatnya orang ramai kini mahu tahu kenapa Peguam Negara kerajaan PH tulis surat luar biasa bodoh yang telah menjejaskan kedaulatan Sabah serta aset luar negara Malaysia bernilai RM66 bilion.
Orang ramai mahu tahu kenapa tiada seorang pun dalam kerajaan PH termasuk PM, Menteri-menteri PH, Timbalan Menteri PH, Ahli Parlimen PH dan Ketua Menteri Sabah masa itu tidak mengetahui kewujudan surat ini dan kita mahu tahu siapa yang luluskan surat tersebut.
Tapi kamu pula tiap-tiap hari ratib Najib, Najib dan Najib.
Tun, dengan segala hormatnya jikapun saya masuk ke dalam pun, ianya tidak bermaksud parti PETAI kamu tidak akan terus mendapat telur pada PRU15 akan datang. Tidak bermakna peluang anak kamu jadi PM menjadi lebih cerah.
Posting Tun M: https://www.facebook.com/100044516073020/posts/pfbid02Zf863JnvSA9jqYkZzWkc4RqL8kAuEpu5bVWGx3r777P1virYwVs8aoXyrSKcz812l/?d=n
NAJIB RAZAK
Bekas Perdana Menteri.
Apakah dengan ayat ‘jika pun saya masuk ke dalam’ yang ditulis Najib dalam perenggan akhir itu bermakna sekarang ini beliau semakin sedar dirinya bakal ke penjara?
Rayuan akhir Najib dalam kes SRC International akan didengar di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari bermula 15 Ogos depan.
Dan semalam usaha Najib untuk mendapatkan khidmat Peguam Diraja daripada London dalam kes rayuan akhirnya itu ditolak oleh mahkamah.
Tidak pernah rasanya sebelum ini Najib menyebut ayat ‘jika pun saya masuk ke dalam’ atau yang sepertinya, mahu pun yang membawa maksud seumpama dengannya.
Adakah ini menunjukkan Najib sudah benar-benar sedia untuk ke penjara? – ShahbudinHusin 22/07/2022.