Nampaknya MB Johor yang kelakar orangnya ini jadi agak kelam
kabut bila baca ajakan ke jalanraya oleh Sheikh Omar Ali. Kenapa agaknya?
Tak... Bukan dia takut kepada keganasan. Kita ada FRU dan polis
serta banyak agensi lain yang boleh kawal keselamatan. Tak usah risau.
Tapi dia takut kalau rakyat menyambut ajakan itu. Dia, dan semua
pemimpin UMNO/BN takut kalau nanti jalanraya dibanjiri rakyat.
Kerana itu akan membuka mata rakyat yang lain, terutama golongan
atas pagar, serta pengaruhi fikiran mereka. BN boleh kalah kalau siri bantahan
secara himpunan aman mendapat sambutan.
UMNO tak payah risau. Kalau betul jalanraya bukan cara orang
kita, kalau betul UMNO sudah kembali mendapat sokongan rakyat dan kalau betul
rakyat tak tersiksa diperintah oleh UMNO, pasti himpunan ini nanti takkan
mendapat sambutan.
Kalau anak jantan, benarkan sajalah himpunan ini dianjurkan.
Tengok sendiri rakyat ikut atau tak. Kalau anak jantan la. Kalau sama jantina
dengan Sajat tu lain la... Guane boh?