Laporan: Waris kesultanan Sulu rampas aset AS$2b milik Petronas



Akhbar Financial Times melaporkan, dua anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg, telah dirampas oleh waris kesultanan Sulu. Menurut akhbar yang berpangkalan di London itu, peguam pihak yang menuntut telah merampas Petronas Azerbaijan di Shah Deniz dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.