KAH..KAH....TEKNOLOGI TERKEBELAKANG NI..

 




Betul ke ni Oghe PASIR PUTEH ?

Description: 👇Description: 👇Description: 👇

CopyPaste: OMG Hackers

Mesin Parking Majlis Daerah Pasir Puteh, Sehebat Teknologi Mesir Purba

Hari ini saya ke Pasir Puteh, Kelantan. Saja saya nak cuba mesin parking tercanggih di Malaysia ni. Malas guna aplikasi sebab bayar guna aplikasi pun belum tentu tak kena saman. Ada kawan saya bayar guna aplikasi pun kena saman juga sebab bayaran tak naik dalam sistem katanya. Kata dia lah, saya pun tak tahu. Lagipun, melihat aplikasinya pun saya dah naik menyampah. Tambah nilai minima pun dah RM10.

Hari ni saya ingat nak parking sekejap untuk beli bekalan ubat-ubatan di farmasi. Parking 10 minit cukup lah. Maka saya pun masukkan nombor kereta. Skrin yang cukup jelas dibaca bawah terik matahari mengingatkan saya kepada skrin telefon awam zaman awal 90-an dahulu. Saling tak tumpah. Skrin kalkulator pun lagi jelas saya rasa.

Saya cuba masukkan nombor kereta. Sangat canggih sekali mesin ini, keypad pun masih guna T9. Jika anda ingin memasukkan input abjad, anda harus menekan beberapa kali nombor yang sama. Contohnya, abjad "B". Sekali tekan, akan jadi nombor 2. Anda harus menekan nombor 2 sebanyak 3 kali, barulah anda boleh dapatkan abjad "B".

Saya masukkan 30 sen. Di mesin tidak ditulis berapa kadar per jam. Yang ada, hanya notis tiada baki dan sila paparkan tiket bayaran di kereta. Lepas bayar, menapaklah anda semula ke kereta di tengah panas hanya semata-mata untuk paparkan tiket parking. Tapi, saya tunggu punya tunggu, tak keluar pun resit?

Nasib baik ada juru saman parking sedang bertugas. Terus saya tanya. Rupanya bayaran minima di mesin adalah 50 sen?! Saya tanya lagi, jadi 30 sen saya tadi macam mana? Dijawabnya memang itu sistem dia. Ikut time based. Apa yang time based pun saya tak tahu lah. Main sebut saja jargon untuk buat saya keliru. Saya tanya lagi, macam mana dengan parking saya? Juru saman jawab kena bayar semula 50 sen. 30 sen saya tadi kira burn.

Mesin yang tercanggih ini tak ada paparkan pula di skrin semasa pembayaran had minima adalah 50 sen. Mungkin kawan-kawan dari Pasir Puteh boleh tunjukkan pada semua di mana tertulisnya notis minima 50 sen untuk parking. Untuk rujukan para pelancong dan anak perantau yang pulang ke Pasir Puteh kelak.

-M.Wongso