Dipetik, PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan
tentang ‘bahaya’ yang bakal dihadapi umat Islam dan orang Melayu sekiranya
Pakatan Harapan (PH) diberi ruang untuk berkuasa semula di negara ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, PH pernah mencabar Islam,
Perlembagaan Persekutuan dan institusi Raja-raja Melayu.
Sepanjang fitnah Hadi terhadap PH, tiada satu bukti dan fakta
pun yang mampu Hadi tunjukkan untuk menyokong dakwaannya kecuali keluar dari
mulut busuk Duta Khas yang makan gaji buta itu. Kalau tanya kita, kita punyai
banyak lambakan fakta dan bukti untuk menunjukkan parti lebai ini sebenarnya
penunggang agama.
Kita boleh bawa fakta dan bukti berkaitan hudud, RUU 355, kilang
arak, pusat judi, isu Arwah Adib dan banyak lagi isu2 yang dulunya menjadi
modal Pas, kini Pas campakkan ke longkang setelah mendapat nikmat jadi
sebahagian dari kerajaan.
Percayalah, selagi Hadi memimpin Pas, parti ini akan terus
dilihat sebagai parti yang bermain dua kolam dan sanggup jafi 'pelacur politik'
asalkan dapat nikmat jawatan dan kedudukan. Ayat Al-Quran tentang jangan
cenderung kepada kezaliman, kelak dibakar api neraka, ayat ini tidak lagi
menjadi mukaddimah ucapan pemimpin2 Pas.
Yakinlah, menentang Pas sekarang adalah kewajipan kalaupun tidak
jihad demi untuk selamatkan agama Islam dari ditunggangi oleh parti kemaruk
kuasa ini.
WFAUZDIN NS