Zahid Pula Buat Pendedahan Hari Ini #MGFlash



Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat lima Ahli Parlimen UMNO menyeleweng jutaan dana parti itu sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Collin Lawrence Sequerah semasa prosiding pembelaan kes rasuah Yayasan Akalbudi, hari ini.