TAKUTNYA UmnoDENGAN RAFIZI

 

UMNO dah terduduk dengan Rafizi. Baru sikit je Rafizi cerita, sampai ke Presiden UMNO meroyan. Hahaha... Itulah penangan Rafizi.


Tapi yang aku seronok tengok, cara UMNO cuma menyerlahkan kebodohan mereka. Rafizi selamba tampan idea Lembaga Unggas Negara. Tapi apa Zahid boleh jawab? Tak ada.


Setakat berani nak kutuk Rafizi soal formula saja. Tapi tak mampu nak bangkang dengan idea lebih mantap atau pertahankan idea sendiri. Lemah yang amat UMNO ni.


Zahid kata rakyat tak perlukan formula. Agaknya Zahid dulu tak sekolah. Lepas tadika terus masuk politik. Sebab kalau masuk sekolah rendah pun mesti ada belajar formula.


NASA nak hantar roket ke angkasa pun kena guna formula. Dari formulalah bangkit pelbagai aplikasi atau perisian mahupun peranti. Formula ni asas. Kalau main cakap tak berasaskan formula, jadilah macam Najib, Zahid, Isnail termasuk Mahiaddin. Cakap je tapi tak ada perlaksanaan.


Rakyat jangan lupa. Formula Rafizi dah selamatkan kita daripada kezaliman Najib. Takkan tak ingat berapa harga RON95 masa Najib jadi PM. Sudahlah mahal, bila harga minyak dunia turun pun, harga petrol kita tetap tinggi. Najib ambil untung pula.


Atas desakan pembangkang dan rakyat, formula Rafizi dipraktiskan dan kita dapat lihat harga petrol mula turun apabila harga minyak dunia menurun.


Dan bila PH mentadbir, PH letakkan siling pada harga petrol. Boleh nampak bagaimana formula Rafizi bantu kita? Yang korang rakyat nak kutuk sangat formula Rafizi kenapa? Tak berakal?


Ini juga sebagai mengingatkan kita semua yang Najib tak pernah pun fikirkan kepentingan rakyat. Bila dah tak ada kuasa, barulah nak tunjuk konon prihatin. Padahal dulu, zalim macam firaun yang buat menara 15km tu ha.


UMNO dan para pemimpin mereka yang dungu akan terus kritik Rafizi kerana itu sahaja jalan untuk mereka terus bernyawa.


Tapi kita sebagai rakyat yang berakal, kena tolak jauh-jauh semua hujah dangkal mereka kerana jelas itu akan rugikan kita. Terbukti formula Rafizi bawa kesejahteraan untuk rakyat.


Jangan ikut sangat pemimpin UMNO. Mereka ada penyakit bodoh. Dan penyakit bodoh mereka tu mudah berjangkit. Guane boh?


 

Raja Gelap