Solidaritas Keadilan untuk Adelina Sau #BP2MI #FighttoSavePMI


Steven Sim Chee Keong 沈志 

Srsteodopn ct28c0al5:c0110au2i4hJ1g1n ht 37ie  · 

Saya berasa amat sedih dan kecewa dengan keputusan Mahkamah membebaskan majikan yang dituduh menyebabkan kematian seorang pembantu rumah Indonesia Adelina Lisao.

Pada 10 Februari 2018, saya dan team saya telah menyelamatkan Adelina dari rumah majikan selepas terima info bahawa ada pembantu rumah yang didera di rumah tersebut.

Bila saya berjumpa dengan Adelina, dia berada dalam keadaan trauma, anggota badannya luka berdarah. Dia dipaksa untuk tidur di halaman rumah macam anjing.

Saya sempat bagitau Adelina bahawa dia kini sudah selamat dan saya sebagai Ahli Parlimen Malaysia akan melindunginya.

Malam itu, Adelina tidur di atas katil buat kali pertama entah dalam berapa bulan.

Tapi malangnya, itu juga kali terakhir Adelina tidur di atas katil. Dia meninggal dunia keesokan harinya.

Saya berasa amat marah. Seorang gadis bawah umur yang diseludup masuk ke Malaysia sebagai mangsa pemerdagangan orang, kemudian didera dengan teruk dan akhirnya mati akibat kecederaan, tapi tiada pihak yang disabit sebarang kesalahan!

Pada Disember 2021, saya telah membawa nama Adelina Lisao sekali lagi di Parlimen untuk mengingatkan diri saya sendiri dan seluruh anggota Parlimen tentang kezaliman yang berlaku ke atas Adelina Lisao.

Saya akan sentiasa ingat kisah Adelina yang penuh tragedi dan terus melawan aktiviti pemerdagangan orang, tak kira warga luar negara yang diseludup masuk ke Malaysia mahupun warga Malaysia yang diseludup ke Cambodia melalui sindiket job scam dan sebagainya.

Kita mesti ingat kisah Adelina Lisao. Kita mesti sentiasa ingat kisah Adelina Lisao!