PM perlu bertindak komen Tun M Malaysia ada hak di Riau
Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang menyentuh mengenai hak Malaysia ke atas Kepulauan Riau baru baru ini telah mencetuskan ‘ketidak tenteraman’ diplomatik dari Indonesia dan Singapura serta bantahan dalam kalangan rakyat di kedua dua negara.
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar mengeluarkan kenyataan tegas terhadap perkara berkenaan.
“Saya ambil serius perbahasan sekitar kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terkait Kepulauan Riau baru-baru ini.
“Saya menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri untuk menyatakan penegasan segera agar ia tidak berlarutan kerana pandangan tersebut tidak mewakili kerajaan atau rakyat Malaysia,” katanya.
Anwar berkata, penjelas PM semasa amat penting bagi mengelakkan fasa ketegangan hubungan diplomatik yang tidak perlu terhadap kedua dua negara.
“Penjelasan ini juga diperlukan bagi mengelak dan menjejaskan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan Singapura serta Indonesia,” katanya lagi.
Terdahulu, Tun mahathir dalam satu temubual berkata, Kepulauan Riau sepatutnya menjadi sebahagian daripada Malaysia berdasarkan faktor sejarah
Bagaimanapun, Kementerian Luar Indonesia membantah dakwaan itu kerana Kepulauan Riau telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai wilayah Indonesia.