Terima kasih Sdr. Saifuddin Nasution. Kenyataan
begini yang kita harapkan. Dan harapan aku, lebih ramai pemimpin PH terus
keluarkan kenyataan yang mengecam Mahathir secara jelas.
Kita perlu beritahu rakyat, terutama pengundi atas
pagar, bahawa tiada lagi kaitan antara PH dan Mahathir serta partinya.
Sesungguhnya Mahathir adalah liabiliti terhadap PH.
Banyak perbuatan dan perkataan Mahathir semasa
menjadi PM yang mewakili PH yang mengguris hati rakyat. Kalau PH berdiam diri
setiap kali dikaitkan dengan Mahathir, PH akan rugi.
Sekarang Mahathir buat pasal dengan memutar
belitkan fakta keruntuhan kerajaan PH. Inilah masa dan sebab paling sesuai
untuk serang Mahathir. Serangan mesti secara terangan.
Aku berharap selepas ini akan keluar kenyataan
berkenaan penipuan Mahathir ini dari pemimpin DAP dan Amanah. Itu mesti dibuat
jika PH mahu menang PRU15. Guane boh?