JAMAL GULAMHAN
KISAH BENAR2 BERLAKU...
MOHD SHUKRI (SPRM) CERITA PENGALAMAN HAMPIR MAUT SIASAT KES SRC
DAN 1MDB..
SEBAHAGIAN DARI KEGIATAN NAJIB DAN ROSMAH.. MEREKA BUKAN SAHAJA
MENCURI MALAH MEM*****.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Datuk Mohd Shukri Abdull akhirnya menceritakan kisah disebalik tekanan
hebat
dihadapinya sepanjang melengkapkan siasatan kes SRC
International, anak syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohd Shukri berkata beliau terpaksa mengambil tindakan melarikan
diri ke Washington, Amerika Syarikat susulan tekanan dikenakan kerajaan ketika
itu terhadapnya.
“Kami hadapi tekanan cukup
hebat
. Saksi-saksi kami dilarikan, malah saya sendiri diugut untuk
dipecat, diminta bersara awal, cuti awal dan menempatkan saya di bahagian
latihan.
“Pengalaman saya dalam kes SRC dan 1MDB amat menakutkan, saya
hampir mati dalam kes ini. Ada orang ikut sehingga ke Washington dan saya
berjaya mendapatkan perlindungan daripada Polis New York (NYPD).
“Saya berterima kasih kepada bos, Tan Sri Abu Kassim kerana
mempertahankan saya. Dia kata kalau nak buang, buang kami berdua,” katanya
dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Shukri turut mendedahkan beliau dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed
dituduh sebagai pembelot dan mahu menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Barisan
Nasional (BN).
“Saya sedih apabila kami berdua dituduh sebagai pembelot untuk
menjatuhkan kerajaan.
“Kami buat kerja bersungguh-sungguh untuk negara dan mahu
membawa pulang semula wang (1MDB) dari luar negara,” katanya.