Saya selalu katakan, kerjaya Menteri ini kerjaya paling tinggi
dan berprestij dalam perkhidmatan awam.
Kerjanya bukan hanya menjadi perasmi majlis atau tayang muka
untuk bagi bantuan.
Kerjanya menjadi tunggak Kementerian, menggubal dasar dan
memimpin penjawat awam. Ya, penjawat awam akan bekerja dan menasihatkan dia.
But at the end of the day, semua keputusan dasar dan arah tuju Kementerian,
Menteri yang putuskan. Tiada orang lain.
Tu sebab Menteri bukan hanya kena cerdik tapi kena jugak
bijaksana.
Cerdik ni kita lihat dari segi pencapaian akademik. Busuk2 kena
la ada first degree. Kalau nak jadi manager pun kena ada ijazah. Ni level
Menteri kot.
Kalau bijaksana pulak kita lihat dari segi EQ beliau mentadbir.
Cara beliau nak handle audiens antarabangsa, cara nak bergaul dengan orang
kampung jua. Semua tu ada tertibnya.
Dengan kata lain, Menteri kena book smart dan pada masa yang
sama street smart juga.
Saya tengokkan dalam profile Wikipedia, Menteri Belia dan Sukan
ni belajar degree tak habis. Tiada langsung dinyatakan kelayakan akademik lain.
Jadi takde apa2 yang nak buktikan dia book smart.
Nak kata street smart, baru ni dia salahkan penyokong Harimau
Malaya punca Malaysia kalah bola. Adoiii la… ni namanya EQ ke laut jua.
Makanya, boleh kah kita persoalkan keupayaan dia dilantik
menjadi Menteri?
To be honest, saya pangkah dia masa PRU14 di kawasan Parlimen
Tambun. Masa tu, spiritnya “Asal Bukan UMNO” ( Sekali dia geng UMNO balik )
La ni saya dah belajar, nak pangkah tengoklah kualiti calon. Tak
kira PH, PN atau BN, kalau calon nya tiada kualiti, eloklah kita humban jauh2.
Kang set2 ni naik jadi Menteri, kita pulak meroyan teruk