MENEGUR ULAMAK ITU BUKAN MEMBENCI AGAMAWAN

 

Allahu Rabbi..

Sampai bila kalian nak label orang yang tegur kesilapan agamawan itu sebagai "pembenci Ulamak"..?

Tuan² yang mulia..

Ulamak dan kebenaran itu adalah perkara yang berbeza.. Bukan semua ulamak itu sentiasa benar.. Dan bukan kebenaran itu selalu bersama ulamak..

Bukan..!

Kerana ulamak itu sendiri ada dua golongan.. Ada yang benar.. Ada yang menipu.. Ada yang beriman.. Ada yang kufur.. Ada yang ikhkas.. Ada juga yang khianat..

Yang paling tinggi di sisi Allah adalah ulamak yang muttaqin.. Yang sentiasa amanah dengan ilmu.. Yang gerun dengan siksaan api neraka di akhirat kelak..

Dan yang paling celaka adalah ulamak yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menjaga pengaruh.. Menjaga kedudukan.. Menjaga habuan dunia.. Dan menjaga nafsu syahwat yang tiada kesudahan..

Oleh itu..

Ketahuilah bahawa kebenaran itu hanya milik Allah A'zzawajall.. Bukan milik ulamak.. Bukan milik sesiapa.. Ia kekal di sisi Allah hingga hari akhirat..

Jadi,

Nasihat ana kepada diri sendiri dan semua.. Carilah kebenaran.. Kekallah bersama kebenaran walaupun kebenaran itu bersama dengan orang yang kita benci.. Orang yang tidak sealiran dengan kita.. Orang ang bukan sedarah sedaging dengan kita.. Orang yang bukan separti dengan kita.. Orang yang bukan semazhab dengan kita..!

Jauhilah mereka yang jahat.. Yang zalim.. Yang menipu.. Yang khianat.. Walaupun mereka itu Ulamak.. Umara'.. Pak Ostat.. Pak Habib.. Pak Syekh.. Pak Kiai.. Dan sebagainya..

Kerana mereka tidak mampu memberi jaminan untuk dirinya sendiri bahkan untuk kita semua supaya terlepas dari azab api neraka..

Yang mampu menyelamatkan kita adalah kebenaran.. Kerana kebenaran itu adalah milik yang Maha Berkuasa.. Yang Maha Mengetahui segalanya..

~ Miqdad Zakaria

.