Kenyataan Media
6 Jun 2022
Saya ikuti perkembangan perhimpunan aman oleh para
veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tugu Negara hari ini.
Ternyata mereka ini tiada pilihan lain untuk
menegakkan hak mereka dan beberapa perkara lain selepas gagal mendapat tumpuan
Kementerian Pertahanan.
Isu ini juga sudah beberapa kali saya dan
rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) bawa di Parlimen dan hari ini sekali lagi saya
mendesak Menteri Pertahanan untuk segera ambil tindakan terkait perkara ini.
Usah abaikan suara golongan Veteran ATM yang telah
banyak berjasa kepada negara kita.
ANWAR IBRAHIM
(Kredit: Utusan Malaysia)