JUAL MINYAK PADA ORANG LAIN ATAU ASING- SEBAT DAN MASUK PENJARA.INI KHIANAT PADA NEGARA

 


Disyaki subahat dengan penyeludup, 9 stesen minyak disiasat, ditutup




Azman Adam bersama pegawai KPDNHEP memeriksa sebuah lori yang dirampas. (Gambar KPDNHEP)

PETALING JAYA: Sembilan stesen minyak di seluruh negara dikenakan tindakan kerana disyaki bersubahat dengan penyeludup diesel bersubsidi, kata Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam.

Katanya, siasatan dan arahan penutupan premis antara tindakan yang diambil mengikut Akta Kawalan Barang (AKB) 1961.

“Ini amaran kepada semua, bukan sahaja individu yang menyeleweng, tetapi pengusaha stesen minyak.

“Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas, termasuk menutup operasi stesen minyak, membatalkan lesen sekiranya mendapati mereka terbabit atau bersubahat dalam aktiviti penyelewengan seperti ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Ada (stesen minyak) sudah ditutup, ada dalam siasatan, ada dalam risikan kita. Kita akan guna apa juga keupayaan kami untuk mencegah perkara itu daripada berleluasa,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Azman berkata, ada penyeludup yang mengisi lebih 250 liter diesel bersubsidi, melebihi had ditetapkan untuk sebuah lori.

Katanya, ada pula yang mengubah suai kenderaan dan terdapat pengusaha stesen minyak sengaja membenarkan penjualan lebih 250 liter bahan api bersubsidi.