NORMAN RADZUAN
Jika sampai ke Umrah ingin dipamirkan di media
sosial
JANGAN ‘OVER’ DALAM MEDIA SOSIAL
Aku mula mengenali individu ini yg terkenal dgn
aktiviti sedekahnya melalui media sosial. Aku teruja dan memuji muji pada
awalnya. Byk amalan2nya aku puji.
Tapi semakin lama aku melihat seperti ‘terover’
sehingga segala perbuatan baiknya mahu org ramai tahu. Macam rasa tak kena dan
ramai juga kawan2 bercerita mengenainya.
Maksud aku seperti kau melayan isteri yg dianggap
bidadari… perlukah sehingga ke tahap itu ingin ditonjolkan. Bagi aku ia sedikit
‘over’ bab itu.
Aku dulu waktu muda ada juga belajar bab sedekah.
Kata guruku jika bersedekah sebaiknya tangan kanan memberi tangan kiri tidak
mengetahuinya kerana Allah akn naungi org ini berdasarkan satu hadis.
Tak mengapalah bila ada org kata dlm Quran kata tak
mengapa bersedekah tunjukkan dkt org dgn alasan utk menggalakkan org lain
bersedekah. Ok lah… cuma bagi aku boleh tunjuk tapi jgn menunjuk nunjuk.
Cuma aku tak boleh terima dlm amalan ibadah kita
seperti bersolat dan mengerjakan umrah sanggup membawa jurugambar utk dimuatkan
ke dlm media sosial. Utk tujuan apa? Ya tentulah ada yg berkata jgn dengki, itu
urusan dia dgn Tuhan….
Bukan itu aku maksudkan. Dgn kawan2 atau keluarga
yg lebih kaya pun aku tidak pernah berdengki ini kan pula dlm berbuat
kebaikkan. Yg aku dengki mereka yg kaya hasil mencuri harta rakyat.
Jika video bersedekah dikatakan utk menarik org
ramai mengikutinya… aku bimbang video kita bersolat dan mengerjakan haji dan
umrah akn menjadi amalan semua. Jgn bohong tidak timbul rasa riak, ujud, gila
nama, ingin org memuji dan ingin rasa glamor dan lain2 perasaan.
Sebab itu Rasulullah tidak mahu solat Tarawih di
masjid selepas ramai mengikutinya kerana bimbang ia akn menjadi Fadhu atau
ikutan oleh umat (kita).
Aku masih ingat ketika aktif dgn jamaah Tabligh
selama 6 tahun dahulu. Ada seorang Maulana dari Filipina menegur agar jgn
ditunjukkan aktiviti dakwah sebab tujuan keluar ke jalan Allah katanya hanya
utk mencari redha Allah bukan manusia.
Yg dia bimbangi katanya, “Cuba pejamkan mata kalian
seminit… tanya pada hati…adakah tidak ada sekelumit rasa riak amalan yg dibuat
apabila dimuatkan di dlm media sosial.”
Riak ini termasuk dlm kategori syirik kecil iaitu
mensyirikkan Allah dlm ibadah. Syirik dlm akidah berbahaya begitu juga syirik
dlm ibadah juga berbahaya mengundang murka dan amalan tidak diterima.
S. Umar masuk ke dlm Masjid Nabawi melihat Muadz
sdg menangis teresak esak di makam Rasulullah SAW. Saat ditanya sebab
tangisannya, Muadz menjawab, "Aku menangis sebab aku takut kpd riak kerana
ia sebahagian daripada syirik".
Kata salah seorang guru ku, Rasulullah itu solat
sunatnya selalunya di rumah. Malah Rasulullah kerap solat sunat Tarawih di
rumah berbanding di masjid seperti amalan kita skg.
Katanya lagi, sahabat2 buat solat sunat di rumah
hingga menangis teresak esak kerana ketika itu amalannya hanya dia dan Tuhan
sahaja yg tahu. Pernahkan kita dgr kisah seorang lelaki yg Rasulullah katakan
bakal ahli syurga.
Hingga ada sahabat sanggup bermalam ke rumahnya utk
mengintai apa amalannya di waktu malam. Org dulu ibadah solat dan sedekahnya
selalu disembunyikan. Sebab amalan ibadah kita dgn Tuhan sebaiknya
disembunyikan bimbang timbul rasa riak.
Jgn over di media sosial hingga segalanya ingin
diberitahu dan ditunjukkan dgn harapan nama menjadi sebutan. Jgn lahirkan
manusia2 yg hipokrit. Di media sosial telah ramai yg menipu secara visual.
Manusia memang sifatnya mudah tertipu dgn kebaikkan
dari pandangan mata. Kita ini kalau tidak ditutup aib oleh Allah… hari2 agaknya
org lemparkan tahi ke muka kita.
Ketahuilah batin manusia lebih byk derhaka kpd
Allah daripada zahirnya tetapi ramai manusia tidak sedar. … Jika semua ingin
ditunjukkan agaknya masih adakah lagi yg tinggal utk keikhlasan diri kita?
Allah knows best.