JAMZURI ARDANI
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Sahabat saya Abdul Rahman Talib dikhabarkan baru meninggal
dunia. Saya ada banyak kenangan bersama beliau. Tetapi, yang paling saya tidak
dapat lupakan ialah ketika beliau tolong tumpangkan saya dan isteri ketika kami
berada di Dubai pada bulan Mei 2016. Dia ambil kami di airport Dubai dan bawa
kami ke apartmentnya. Kami bermalam di situ. Beliau sediakan makan minum kami
dan tempat tidur kami. Kami menginap dengan selesa. Kami hanya transit sahaja
waktu itu sebelum meneruskan penerbangan ke Chicago. Jika tidak kerana budi
baiknya, kami tidur di airport Dubai malam tu.
Keesokan paginya sempat lagi dia bawa kami bersiar-siar di
Bandaraya Dubai dan belanja makan pizza sebelum menghantar kami semula ke
airport untuk penerbangan seterusnya.
Semoga Allah menerima amalan baiknya dan meletakkan roh almarhum
di kalangan hamba-hambaNya yang soleh.
*Ini gambar saya bersama almarhum ketika menginap di apartment
di Dubai.