SAMBUTAN DI PESTA KELANTAN
1. Di negara Jepun, ada satu tempat yang tersangat
femes. Namanya Okinawa. Tempat ni femes dan jadi rujukan orang di dunia. Ini
kerana di situlah terkumpul dengan banyaknya, orang2 paling tua. Populasi
centenarian (umur 100 tahun ke atas) adalah tertinggi di sini berbanding
tempat2 lain.
2. Kajian mengatakan jangka hayat penduduk di situ
lebih panjang kerana mereka memahami falsafah IKIGAI. IKIGAI ini suatu prinsip
yang dimulakan oleh orang Okinawa sejak beratus tahun dulu. Sampai sekarang
digunakan dan falsafah ini dah mula digunapakai di seluruh dunia.
3. IKI-GAI adalah dua perkataan Jepun iaitu “IKI”
bermaksud hidup dan “GAI” bermaksud matlamat/ nilai. Mereka percaya setiap
manusia dilahirkan dengan takdir untuk melakukan sesuatu di dunia. Setiap
manusia ada “purpose/ tujuan” tersendiri. Untuk mencapai kegembiraan sebenar,
kita semua hanya perlu mencari “tujuan hidup” tersebut.
4. It is easily said than done. Ramai yang berkerja
kuat sampai pencen, tapi masih lagi kosong jiwa. Ramai anak muda bertukar kerja
berulang kali, susah nak jumpa kerja yang ngam dengan diri. Ramai yang komplen,
mereka bekerja hanya untuk letak makanan atas meja. Work satisfaction susah nak
dicari.
5. Orang Okinawa gariskan empat perkara nak mencari
IKIGAI dalam hidup:
(i) Mencari apa yang kita suka: “PASSION”
(ii) Jadikan “passion” itu kerjaya kita:
“PROFESSION”
(iii) Kerjaya ini pula kena ada impak kepada
manusia sekeliling: “PURPOSE”
(iv) Dan akhir sekali, Kerjaya ini perlu beri
pulangan berbaloi untuk buat kita hidup selesa: “PROFIT”
6. Melalui 4P di atas, orang Okinawa percaya
manusia akan dapat capai hidup penuh makna.
7. Hidup bahagia dan selesa di Okinawa bukan
bermaksud mahligai dan kereta mewah. Hidup mereka cukup sederhana. Setiap
anggota masyarakat punya “role” tersendiri dan mereka buat kerja yang mereka
suka dan bangga. Tak kiralah CEO bank ataupun tukang sapu jalan, mereka hormat
satu sama lain.
8. Mereka tahu setiap orang ada peranannya dalam
hidup bermasyarakat. Ya, Tukang Sapu jalan tak mungkin boleh lakukan apa yang CEO
Bank buat. Sama juga, tidak mungkin CEO bank boleh sapu jalan sebaik Tukang
Sapu tadi.
9. Dari situ wujud simbiosis dalam masyarakat.
Tukang sapu perlukan CEO Bank untuk pastikan gaji/ simpanan dia di bank
terjaga. CEO Bank perlukan Tukang Sapu agar jalan mereka bersih sentiasa.
Mereka pilih kerja mengikut apa yang mereka suka, dan buat kerja tersebut habis
baik untuk menyumbang kepada masyarakat/ negeri/ negara.
10. Tapi itu cerita di Jepun la. Di Malaysia lain
pula.
11. Di sini, ada ulamak yang patut jadi penasihat
agama atau pembimbing masyarakat, juga rasakan mereka layak selayaknya menjadi
pemimpin negara. Kepimpinan ulamak kata mereka. Namun diberi kuasa berpuluh
tahun memerintah. Apa yang dicapai? Serambi Mekah sekarang pun orang segan nak
rujuk. Bila kes jenayah seksual dan salahguna dadah di negeri ni paling tinggi.
Antara negeri termundur.
12. Ada yang politikus terbuang, diangkat jadi Duta
pula. Macam mana dia nak kukuhkan hubungan seranta, kita pun garu kepala. Ada
yang diangkat jadi Menteri, namun koman2 ijazah pertama pun tiada, paling teruk
guna sijil palsu pula. Inikah level Menteri yang nak kita sokong dan puja?
13. Pemimpin itu sama ada Perdana Menteri, Menteri
mahupun Ahli Parlimen ada skill setnya yang tersendiri. Ini kerjaya paling berprestij
dalam konteks pembinaan negara dan bangsa. Bukan calang2 orang patut dilantik.
Otaknya perlu bergeliga.
14. Nak jadi CEO bank pun punya banyak tapisan dan
syarat. Takkan la kita nak lantik Yang Berhormat, kita tangkap muat?
15. Kita sebagai rakyat sudah perlu celik politik.
Politik ini ialah platform mengangkat pemimpin. Pemimpin ini yang tentukan
jatuh bangun negara. Nasib keturunan kita di hari muka. Janganlah lagi
dipangkah membuta tuli kerana parti. Atau terbuai dengan umpan BRIM dan Cash is
King.
16. Angkat pemimpin yang berkelayakan, yang cerdik
pandai dari kita. Yang visibly seen as clean dan takde big scandal yang
rosakkan negara.
17. Tengokkanlah Pak Jokowi dan barisan kabinetnya.
Semuanya cerdik pandai dan impressive. Itu tanda matangnya rakyat Indonesia.
Mereka angkat pemimpin yang kompeten, bebas rasuah dan salah guna kuasa. Dan
yang paling signifikan, mereka haramkan politasi agama. Itu resipi mereka untuk
berjaya.
18. Makanya, mulai sekarang elakkan diri kita jadi
pentaksub parti. Cari pemimpin yang “IKIGAI” nya memang untuk memimpin. Yang
bijaksana dan hatinya besar untuk negara. Tak kira dari parti mana. Angkatlah
mereka sebagai wakil rakyat kita.
19. Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah.
Tak kira mana parti, tak kira mana pemimpin. Tak berbaloi jadikan mereka tokong
untuk disembah…
20. Setia kita bukan untuk parti atau politikus.
Seharusnya, setia kita kepada negara…
Wallahu a’alam…
Salam hormat,
Liyana Marzuki