Husam Musa - SILA KE LINK FB HUSAM MUSA UNTUK MENONTON VIDEO ATAU TEKAN VIDEO DIBAWAH AKAN TERUS KE LINK FB HUSAM MUSA
Siapa Curi Balak Sebelah Konsensi Daulah Najah?
Balak
bernilai RM 5 juta siap ditebang secara curi.
Mengejutkan?
Tahniah
pada SKUAD KHAS JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA berjaya MENYITA
balak-balak berhampiran matau DAULAH NAJAH hari ini.
Semalam
saya memuat naik foto-foto dan klip video timbunan balak.
Pembaca
boleh melihat belum ada tape sitaan.
Kini saya
paparkan foto-foto terbaru yang dirakamkan oleh Sukarelawan Save Kelantan lewat
petang ini - 2 Jun 2022.
Pembaca boleh
melihat dengan jelas tali sitaan di pasang ke atas timbunan-timbunan balak.
Dipercayai,
balak-balak berharga mahal termasuk Merbau ini ditebang dari KOMPARTMEN 25,
Hutan Simpan Kekal Nenggiri.
Betul-betul
bersebelahan KOMPARTMEN 26, HUTAN DARA PERLINDUNGAN (VJR) yg kami dedahkan
semalam.
Balak ini
dianggar berjumlah 5,000 tan. NILAI RINGGIT DIANGGARKAN PALING KURANG - RM 5
JUTA!
Bagi
membuktikan balak-balak ini berkemungkinan dicuri dari kompartmen 25 HSK
Nenggiri, kami sertakan dua clip video rakaman drone yg diambil pada 30 Mei
2022 atau 3 hari yg lalu.
Ia
menunjukkan dengan jelas Kompartmen 25 turut DIBERSIHKAN. Pada hal ia tidak
termasuk dalam kawasan yg diluluskan kepada mana mana-mana pihak.
Kawasan
diluluskan kepada Daulah Najah, seperti foto matau yg kami siar ulang hari ini,
hanya meliputi Kompartmen 26, 29, 30, 40, 41, dan 64. Enam kompartmen. Tak
termasuk Kompartmen 25.
Bagai
mana Kompartmen 25 yg bersebelahan dengan Kompartmen 26 yang dimiliki oleh
Daulah Najah ini dibalak?
Oleh
siapa?
Pembalak
Daulah Najah tak perasan ada orang curi balak sebelah kawasan kerja mereka?
Mereka
tak buat laporan? Sehingga hampir semua balak telah ditebang.
Rakaman
drone Save Kelantan mengenai pembalakan haram di kompartmen 25 dibuat pada 30
Mei 2022.
Pada
waktu ini, jentera berat Daulah Najah sudah dikeluarkan.
Hanya
balak yg telah dipotong tersusun di matau. Termasuk potongan balak pendek. Sila
lihat foto disertakan.
Dahsyat.
'Rompakan' hasil mahsul bumi Kelantan yg memilukan.
Memandangkan
balak-balak yg dipercayai dicuri ini TELAH DISITA, pihak berwajib perlu
mengeluarkan kenyataan rasmi dengan segera.
Alhamdulillah
squad Save Kelantan di lapangan siap sedia untuk memantau perkembangan
selanjutnya.
Kami
sertakan dua clip video rakaman drone bertarikh 30 Mei 2022. menunjukkan balak
telah ditebang di dalam kompartmen 25. Juga rakaman video kayu-kayu pendek di
matau bersebelahan kawasan kerja Daulah Najah Sdn Bhd.
Kita
tunggu kenyataan pihak berwajib - Negeri dan Persekutuan.
Bersambung
InsyaAllah.
Husam
Musa
2 June
2022