NORMAN RADZUAN
Kita tiada budaya penyelenggaraan (maintenance culture)
FOKUS BAJET KOMISEN, ABAI BAJET MAINTANANCE
Kelemahan paling ketara yg menjadi budaya buruk di negara kita
ialah kita mengamalkan budaya rasuah tetapi tidak mengamalkan budaya
penyelenggaraan (maintenance culture).
Lihat di negara kita terutamanya bangunan kerajaan byk yg rosak
(bangunan cat pudar, bilik kotor, lif rosak, lampu rosak, pintu rosak) lambat
dibaiki atau tidak ada bajet utk dibaiki. Tapi jika bajet keramaian, bos
pencen, bos tukar daerah, lawatan sambil belajar, jamuan mesyuarat bukan main
sakan dibelanjakan.
Lihat lif2 di flat apartment di Malaysia baru 3 tahun dari 3 lif
hanya tinggal 1 sahaja boleh pakai. Selebihnya dah 2 tahun rosak dibiarkan
begitu sahaja.
Bab lif punya lah teruk budaya kita… kerosakan tersebut terpaksa
dipanggil media (wartawan) utk pihak2 tertentu mengambil tindakan. Jika tidak
sampai kiamat la lif tu dibiarkan rosak. Pelik ada maintenance fee, ada Ahli
Majlis, ada YB pun tak jalan… cara berfikir org kita mcm negara dunia ke 3.
Lihat Stadium Nasional Bukit Jalil, bilik air teruk dan
pengurusan padang pun teruk hingga menjadi sawah bila hujan. Stadium Shah Alam
jgn cakap la dah mcm rumah hantu. Dari Menteri hingga pengurusan Stadium tak
ada perasaan malu langsung.
Lihat tandas awam atau tandas masjid di Malaysia. Baru setahun
sudah rosak utk di flush. Air bertakung dan busuk seolah olah tiada
penyelenggaraan. Byk Masjid nampak hebat bangunannya tapi bilik air punya la
teruk.
Dulu saya suka Bas Intrakota dan saya antara penggunanya. Tapi
baru setahun dah pintu tak boleh tutup, kotor dan bas kadang2 bunyi enjin dah
bising.
Pasal bas kotor ini sewajar setiap kali bas pulang ke stesen
mestilah dicuci. Kemudian syarikat bas mesti ada unit maintenance bagi
memastikan bas mereka diselenggara dgn baik.
Pernah tak anda terfikir adakah syarikat bas di Malaysia ini
mereka ada peruntukkan utk mesin pencuci bas (bus wash) seperti di barat? Saya
yakin tiada sb maintenance culture bukan budaya kita.
Kadang2 yg paling saya sakit hati lampu jalan atau di stesen
LRT… jika seminggu bergelap tidak mengapa tetapi jika 2-3 bulan jalan2 utama ini
bergelap… saya yakin tiada kesedaran dan bajet penyelenggaraan tiada.
Cuba kita lihat bangunan2 di kota London. Walaupun bangunan2
mereka ada yg berusia 100-200 tahun tetapi tetap utuh, bersih dan jauh lebih
baik sesetengan bangunan di negara kita.
Lihat bas double decker London ada yg berusia 20 tahun tapi
masih dlm keadaan baik. Sebab apa? Sebab mereka ada maintenance culture.
Begitu juga di HK. Jika anda menaiki feri ikonik mereka dari
tanah besar ke pulau HK… walaupun feri itu berusia 50 tahun tetapi jauh lebih
baik dari feri ke Pulau Pangkor. Bukan sekadar feri itu boleh digunakan tetapi
ia bersih dan akhirnya menjadi tarikan utama pelancongan.
Kita tiada maintenance culture ini… yg kita ada adalah budaya
rasuah. Sebab itu bangunan, stadium atau apa yg disebutkan tadi semua cepat
rosak dan ada yg tidak boleh digunakan lagi.
Di UK mereka ada polisi tentang maintenance. Kerajaan mereka
sejak dulu membudayakan penyelenggaraan di dlm masyarakat mereka. Sebab itu
negara ini bangunan2 yg berusia ratusan tahun masih bagus dari segala serbi.
Bagi kerajaan UK… menangguh pembaikan kerosakkan hanya
meningkatkan kos pembaikan. Atau tidak melakukan servis penyelenggaraan hanya
akn meningkatkan kos pembaikan.
Contoh bumbung bangunan hendaklah diselenggara utk mengelakkan
keserosakan yg akn mengakibatkan kos yg tinggi. Atau jika berlaku kebocoran
hendaklah dibaiki segera jika tidak mungkin bumbung roboh akibatnya kos
pembaikan melambung tinggi.
Di negara kita bila buat sesuatu projek yg difikirkan berapa
komisen. Direct nego agar kroni dpt bahagian masing2. Soal maintenance lain
cerita… bila projek penuh dgn rasuah ia tidak dibina mengikut spesifikasi yg
akhirnya ia cepat rosak. Lebih parah bajet maintenance pula tiada dlm bajet
tahunan.
Sebab itu buat jalan raya tak sampai setahun pecah sana sini.
Lepas itu tiada penyelenggaraan… bila dibiarkan jalan raya semakin teruk dan
memerlukan kos yg tinggi utk dibaiki. Akhirnya jalan raya Malaysia terutama di
Sabah seperti di bulan.
Kita kena mengenal pasti faktor2 yg perlu dilaksanakan utk
menerapkan budaya penyelenggaraan. Faktor komitmen pengurusan atasan adalah
faktor yg paling utama.
Mereka perlu ada kesedaran dlm diri bahawa kerja adalah sebagai
suatu amanah dan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Bukan makan gaji buta,
makan rasuah (makan komisen). Nak ubah kena ubah otak2 pemimpin yg hanya
fikirkan maintenance diri dan bini.