ROSLY YUSOF
Saya tak
lah kenal Allahyarham Adibah Noor apa tah dia lagi lagilah tak kenal saya tapi
saya rasa dia orang baik walaupun kematiannya telah menjadi cercaan oleh beberapa
individu penyokong Pas.
Kematiannya
di cerca oleh penyokong Pas kerana arwah tidak memakai tudung semasa hidupnya
walaupun penyokong Pas yang mencerca kematian arwah Adibah Noor itu pun belum
tahu betulkah dia itu sepenuhnya mengikuti ajaran dan amalan agama.
Begitulah
manusia di nilai berdasarkan apa yang di lihat pada batang tubuhnya kerana
kebaikan dan kejahatan akan berselindung di sebalik apa yang kita pamerkan pada
batang tubuh.
Adibah
Noor tak cerita satu dunia yang sedang berhadapan sakit yang bakal membawa maut
seperti ada ostad yang baru naik kudis di tangan habis di canang seluruh
nusantara untuk mencari simpati.
Adibah
Noor jual rumah, gadai barang kemas selepas hilang pendapatan semasa PKP untuk
sara hidup dan memberi makan lebih 40 ekor kucing peliharaannya sedangkan ada
ostad minta duit dari orang ramai untuk buat rumah peribadinya dan isi
perutnya.
Maka
untuk berbuat jahat kita cuma perlu sembunyikan kejahatan dan pamerkan kebaikan
di saluti dengan pakaian ala-ala orang baik kita akan di pandang tinggi.
Pemimpin Pas yang bernama
Moktar Senik telah buktikan walaupun dia berlucah di mesengger serta whatapps
dan telah mengajak seorang pengguna facebook bernama Leena untuk berzina namun
oleh kerana beliau menyaluti tubuhnya dengan pakaian ala-ala orang baik maka
orang tak percaya bahawa Moktar Senik seorang yang sangat jahat.