SUDAH SAMPAI MASA TOK DOR DIINTUBATE


MSO 11


Tok Dor Hadi kata tindakan Zuraida Kamaruddin meninggalkan Bersatu untuk menyertai PBM sebagai hak asasi ahli parlimen Ampang itu. Tindakan itu tidak dosa kerana ia selari dengan sistem demokrasi dan tidak dihalang oleh perlembagaan.


Konotasi diberikan Tok Dor itu beliau tidak terkesan dan kecewa dengan tindakan Zuraida itu. Perangai orang agama begitulah dari dulu hingga dibangkit semula; sesuatu itu haram jika menguntungkan orang lain, sebaliknya ia halal atau makruh kalau ia mendapat laba buatnya.


Sebelum ini Tok Dor beri pandangan dan menyifatkan wakil rakyat yang lompat parti sebagai MONYET. Mudah Tokr memenatangkan wakil rakyat yang lompat parti sebelum ini,  tetapi tidak untuk Zuraida kali ini.


Kecelaruan mida Tok Dor makin hari makin menjadi. Jiwanya juga kian mengeruh. Rasanya sudah sampai Tok Dor diakubate (ditidurkan) untuk tidak mengelirukan orang ramai dan bagi menenangkan minda politik negara. Trims.