STEVEN SIM
Walaupun lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, dan belajar di Malaysia, Mei tidak ada kewarganegaraan Malaysia selama ini.
Sudah tentu hidupnya cukup sukar. Dia kata perkara ini menyebabkan tekanan mental kepada hidupnya.
Namun syukur, dengan bantuan Bahagian Kewarganegaraan kerajaan negeri Pulau Pinang, Mei berjaya dapat IC biru awal tahun ini!
Kini Mei nak fokus pada pendidikannya.
Keluarganya orang susah. Tapi dia tahu sangat-sangat nilai sebuah pendidikan. Selepas tamat sekolah menengah, dia bekerja satu tahun untuk kumpul duit supaya dapat sambung belajar di universiti.
Akhirnya, tahun lepas dia mampu untuk sambung balik kursus diploma IT. Mei nak jadi seorang IT developer. Masa itu saya ada berikannya sebuah laptop.
Walaupun dia dah sambung balik belajar, Mei tetap bekerja secara sambilan untuk menampung kos belajar dan kehidupan harian. Dia pergi kerja duduk bas atau menumpang kenderaan kawan. Sebulan buat part time yang tidak menentu dapatlah kumpul beberapa ratus ringgit. Dia guna untuk bayar sewa bilik, keperluan universiti dan makan minum.
Tahun ini apabila sudah dapat IC, dia pergi ambil lesen moto untuk memudahkannya pergi kerja dan pergi kelas. Dia kata nak buat Grab food.
Hari ini bila dia datang jumpa saya untuk dapatkan nasihat tentang pendidikannya, dia bagitau saya dia tengah kumpul duit nak beli moto second hand.
Saya tau Mei rajin berusaha. Sudah 20 tahun dia hidup tertekan tapi dia masih gigih berusaha. Kini Mei dah ada sebuah kehidupan baru dengan IC biru.
Beginilah, saya belikan sebuah moto baru untuk Mei.
Kami terus pergi kedai moto di Bukit Mertajam, terus pilih sebuah moto yang sesuai. Asalnya Mei nak moto second hand, saya kata lebih baik beli yang baru, lebih selamat dan selesa. Pilih punya pilih akhirnya dia pilih Honda wave. Harga on the road lebih kurang RM5100.
Ok, jalan teruih!
Benda ini memang saya tak boleh guna peruntukan kerajaan, jadi saya keluar duit sendiri.
Saya hanya ada satu saja syarat kepada Mei: belajar rajin-rajin. Kalau kena pilih antara kerja dan belajar, pilih belajar. Belajar sampai degree, jangan henti takat diploma. Dan bila Mei mampu, tolong pula orang lain yang memerlukan, tak kira kaum dan agama.