SCAMMER ISLAMIK
1. Syarikat Travel Umrah
Tulis dalam iklan, hotel kat Tanah Haram 50 meter dari masjid.
Turun je lif, jalan sikit dah sampai lantai putih. Makcik pakcik yang tua-tua
ni sakit lutut baca iklan ni, terus amek pakej. Bila sampai nahhh! Beratus
meter. Mutawif @ ejen pun cakap
"Makcik pakcik ini ujian. Kat tanah haram ni jangan
komplen. Nanti takut niat kita nak ibadah terhalang, habis semua jadi
susah."
Makcik pulak dulu masa muda-muda langgan Mastika, terpaksa la
diam je.
2. Pusat Tahfiz
Kutip derma. Resit tak dak. Surat tak dak. Audit tak dak.
Bertahun-tahun kutip derma, tapi asrama student level reban ayam. Safety tak
dak. Fire extinguisher tak dak. CF kantoi. Bila kita tanya nanti, dia balas
"Zaman Nabi dulu, dinding pakai pelepah tamar je. Boleh je
melahirkan generasi bertaqwa. Yang sijil mijil CF tu semua ciptaan manusia. Tak
wajib ikut."
Tapi mudir keluar Mercedes CLA 200. Baik punya.
3. Founder Produk
Blend kurma dengan kismis dari China tapi claim dari Mekah. Buh
habbatussauda sikit. Gula 15 gantang, packaging tulis "Makanan
Sunnah". Claim boleh ubat 100 jenis penyakit. Darah tinggi, kencing manis,
gout, sakit lutut, sakit sendi. Target group produk pulak untuk orang-orang tua
yang dah sah-sah ada penyakit-penyakit tu.
Bila kita kata, resepi macam ni Nabi tak pernah ajar pun.
Lagipun tinggi gula. Bahaya. Kalau buh kat mesin check gula tu, konfem tak
boleh baca terus.
Dia balas "Inilah melayu. Nak jatuhkan melayu. Macam mana
ekonomi Islam nak naik?"
Senang kerja. Founder kaya raya.
4. Penceramah selebriti @ Kursus Kahwin
Jenis dengar dia berceramah memang syok layan. Contohnya guna
ayat @ hadis palsu yang sangat popular "Akak-akak kalau mintak cerai
daripada nanti bergegar arasy Allah. MashaAllahhh"
Arasy tu bukan kerusi urut yang bergegar-gegar ni. Kalau dah
lebam biru muka kene tinju takkan tak boleh mintak cerai jugak? Bila kita tanya
dalil atau sumber hadis, dia jawab
"Wahabi!"
Simple kan? Sepatah je.
5. Parti-parti Politik Bersadurkan Agama
Masa sebelum pilihanraya, janji tadbir urus Islamik. Janji nak
tegakkan hukum islam. Masa ucapan siap petik ayat quran hadis, siap baca loghat
badwi padang pasir. Bila dah dapat kuasa... sungai kotor, balak tebang, harga
barang tak boleh kawal, zikir hu hu hu pun boleh lepas untuk amal, penceramah
ajar tengok astrologi ala-ala islamik pun tak kena gam. Tak nampak wajah Islam
tu di mana.
*************************************
Sebenarnya, P. Ramlee dulu hampir betul dah. Dalam filem Tiga
Abdul, monolog Husein Lempoyang lakonan Nyong Ismail,
"Dunia.. dunia.. meniaga manusia lagi bagus daripada
meniaga onta."
Hakikat yang sekarang ni..
"Dunia.. dunia.. meniaga agama lagi bagus daripada meniaga
onta."