npotrSa730116a7h4agtua8ma424 ·
Saya cadang PM tak
payah lantik Menteri baru ganti Zuraida.
Sebaliknya PM sendiri
yang pangku Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi tanpa gaji tambahan
hingga hujung penggal.
5 sebab kenapa PM
perlu berbuat demikian:
1) Kurangkan sikit
saiz kabinet gergasi - dah ada 68 Menteri/Timbalan Menteri dengan 4 Menteri
Kanan, tak masuk lagi Duta-duta bertaraf Menteri, Duta-duta Besar lantikan
kalangan Ahli Parlimen kerajaan, Penasihat-penasihat PM. Kementerian Zuraida
sendiri ada 2 Timbalan Menteri. Semuanya orang politik bergaji besar. Kerja
jalan tak jalan, biar rakyat yang menilai.
2) Jimat wang rakyat
- nanti Menteri baru kena bayar gaji, elaun, percutian, penggajian team baru,
buat majlis, keraian, program. Nanti kalau dia nak tukar kereta rasmi, renovate
ofis, buat tandas emas pula, aduh. Sesak nafas rakyat. Cukuplah!
3) Beri kestabilan
dan kekuatan kepada kementerian - kementerian dah tukar 3 orang Menteri sejak
2018, slogan berubah-ubah, dasar berubah-ubah, organisasi berubah-ubah. Staff
kementerian dan pihak industri pun dah letih nak kejar Menteri baru. Dua
Menteri PAS dan PPBM sebelum ni pun gagal buat kerja. Sekarang, biar PM yang
mengetuai strategi pemulihan sektor perladangan.
4) Hentikan perebutan
kuasa antara BN-PN - PM tak payah sakitkan hati mana-mana parti komponen
kerajaan yang tengah berebut-rebut kerusi Menteri. Semua tak dapat, biar PM
sendiri yang jaga dengan 2 orang Timbalan Menteri yang sedia ada.
5) Penggal Parlimen
pun tinggal setahun je - Menteri baru nak biasakan diri, nak set up team akan
amik masa. Silap haribulan, kerja tak sempat bua,t jawatan ini jadi sekadar
jawatan honeymoon, dapat pencen, dapat tiket percutian percuma untuk Menteri pi
London.
So PM, jalan teruih, beranikan diri, tak payah layan pergolakan kuasa dalaman, tak perlu lantik Menteri tambahan, kita sokong YAB.