Persaingan sengit jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam
Pemilihan KEADILAN 2022 akan ditentukan pemenangnya malam ini.
Setakat keputusan yang keluar sehingga pukul 6.00 petang tadi,
calon nombor 1 Mohd Rafizi Ramli mendahului Datuk Seri Saifudin Nasution
Ismail.
Rafizi sehingga kini mengumul 52,978 undi manakala Saifuddin
sebanyak 40,256 undi dalam keputusan tidak rasmi yang disenaraikan di laman web
Pemilihan KEADILAN 2022.
Rafizi didapati mendahului di 7 negeri dan Saifuddin 1 negeri. Di
Pahang Rafizi mendapat 1,863 undi, Saifuddin 425 undi.
Di Johor Rafizi 3,967 undi manakala Saifuddin 1,117 undi. Sabah
Saifuddin mendahului dengan 8,585 undi, Rafizi 6,814 undi.
Kedah Rafizi mendahului 4,847 undi berbanding Saifuddin 2,724
undi. Kelantan Rafizi mendapat 1,720 berbanding Saifuddin 1,075 undi
Selangor yang mana Rafizi kurang popular namun beliau mendapat
25,449 undi dan Saifuddin 22,101 undi
Negeri sembilan Rafizi mendahului dengan 5,556 undi berbanding
Saifuddin 2,905 undi. Di Melaka Rafizi mengungguli dengan 2,762 undi berbanding
Saifuddin 1,324 undi.
Dalam perkiraan 147,334 ahli KEADILAN yang membuang undi dalam
pemilihan kali ini, mana mana calon yang melepasi angka 73,000 undi boleh
dikira sebagai pemenang.