Seorang bekas duta bernama Dennis Ignatius
yang sering menulis Hal Ehwal politik Malaysia telah menulis sepucuk surat
Terbuka kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim bertarikh 24 Mei 2022.
Dalam surat Terbukanya itu, beliau menggesa
supaya Anwar Ibrahim meletakkan jawatan demi memberi laluan pemimpin-pemimpin
muda seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Hannah Yeo dan Syed Saddiq.
Surat Terbuka yang ditulis dalam Bahasa
diplomatic itu lupa Satu hakikat, atau sengaja buat tidak nampak.
Kalau Anwar Ibrahim meletakkan jawatan
sekarang dalam Parti Keadilan dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), sudah pasti
akan wujud vakum atau kelompangan dalam Blok Pembangkang.
Dennis Ignatius seorang liberal yang
mengkagumi Tun Dr Mahathir Mohamad tentu tidak naif dengan cadangannya minta
Anwar Ibrahim meletak jawatan.
Pagi ini Anwar Ibrahim meletak jawatan,
misalannya, tengahari nanti akan muncul semula Tun Dr Mahathir Mohamad
menawarkan diri untuk mengetuai Blok Pembangkang.
Adakah ini yang Dennis Ignatius impikan?
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
26 Mei 2022 (Khamis)