Netizen bengang Sharifah Sakinah samakan tandas rumah Shiera macam di syurga

 

Netizen bengang Sharifah Sakinah samakan tandas rumah Shiera macam di syurga


TINDAKAN pelakon Sharifah Sakinah memuat naik video dalam tandas dan menulis kapsyen menyamakan tahap kesejukan seperti syurga mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial.

Mengulas mengenai hantaran Instagram adiknya itu, penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah berkata video tarian tersebut dirakam di dalam tandas rumahnya, baru-baru ini.

Mengakui terkejut bilik air berkenaan menjadi viral kerana kelihatan mewah, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera berkata dia mengubahsuai ruangan peribadi itu kira-kira setahun lalu.

“Bila aku post tandas tu tak viral pula, bila Kinah (Sakinah) post viral pula! Dia pernah pergi syurga ke? Marah netizen… Tak apalah, itu anggapan dia, dalam lagu pun banyak tulis lirik syurga.

“Kenapa viral ya? Saya design dan buat ubah suai tandas itu sendiri tau. Nak suruh orang buat harga mahal. Ini tak sampai RM10,000!

“Jamban emas, macam dekat Dubai sikit! Barang-barang itu saya beli di kedai-kedai DIY. Nak suruh orang buat tapi kos mahal, terkejut la tengok harga puluhan ribu… jadi lebih baik buat sendiri,” katanya kepada mStar.