HUSAM MUSA
LOJI MERBAU CONDONG BERMASALAH : TAK PAYAH SIASAT, TERIMA SAJA
BALA TUHAN
Hari ini masuk hari ketiga lebih 100,000 Rakyat Kelantan yg
bergantung pada bekalan air dari Loji Merbau Condong putus bekalan.
Ini bukan kali pertama. Pernah berlaku PUTUS BEKALAN KERANA PAIP
BARU PASANG - PECAH! (Kalau paip lama pecah, boleh la tahan)
Hari ini KABEL 'PECAH'. Sebelum ini PAIP PECAH!
Tangki saja belum pecah. TELAGA JEJARI tak berfungsi juga dah
berlaku di sini.
Kita sambung hal PENYAKIT LOJI MERBAU CONDONG - sama seperti
Loji-loji Aksb yg lain - DISERANG VIRUS LOJI SIAP AIR TAK ADA! (Cara Kerajaan
Kelantan selesai masalah - minta lebih banyak wang, bina lebih banyak loji tak
kira air ada tak ada. Sekarang nak bina kolah besar simpan air pulak sampai
billion-billion ringgit).
Seronok kan? Buat percubaan dengan duit rakyat. Mentang-mentang
Menteri Air orang Pas.
Terlanjur kita bercakap hal Loji Merbau Condong ini, kita
sambung saja dulu.
Se awal bulan Februari tahun ini, ratusan pengguna yg sama dah
terhantuk kepala oleh Aksb.
Bernama melaporkan pada 4 Februari 2022 :
'AKSB dalam kenyataannya hari ini memberitahu penutupan
sementara LRA tersebut akan menjejaskan bekalan air melibatkan 32,018 akaun
pengguna.
"LRA MERBAU CHONDONG AKAN DITUTUP SEMENTARA BAGI
MELAKSANAKAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN PADA PAIP AIR MENTAH JENIS GLASS REINFORCED
PIPE (GRP) BERSAIZ DIAMETER 1,100 MILIMETER (MM) YANG BOCOR DI LALUAN KAMPUNG
BELUKAR, JALAN KEMUBU, MACHANG".
Paling kurang TIGA HARI lebih 100,000 orang tak dapat bekalan
air.
Nampak macam paip ni kena pecah setahun sekali?
Apa sebab pecah?
Lihat semula kenyataan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan
Latihan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Mat Noor Awang - seperti berikut :
'Menurutnya, kerja baik pulih dilakukan selama tiga hari
berikutan kebocoran besar serta faktor KEDALAMAN PAIP YANG MENYEBABKAN OPERASI
LOJI RAWATAN AIR (LRA) MERBAU CHONDONG DIBERHENTIKAN untuk sementara waktu'.
Antara lain kenyataan ini disiarkan oleh Sinar Harian pada 27 Ogos
2020 :
https://www.sinarharian.com.my/.../Gangguan-bekalan-air...
KEDALAMAN PAIP. YA, SAYA ULANG - DISEBABKAN KEDALAMAN PAIP.
Apa maksud?
PAIP TELAH DITANAM LEBIH DALAM DARI SPESIFIKASI?
Lucu kan?
Bila kontraktor tanam lebih dalam dari sepatutnya, kenapa Aksb
tak betulkan?
Kenapa Aksb masih lulus pembayaran?
BAH KAN, SAYA DIFAHAMKAN, AKSB LANGSUNG TAK BUAT PUN UJIKAJI
ATAS PEMASANGAN PAIP INI.
Apa nak hairan kalau pecah?
(Nota : Jenis paip yg digunakan Aksb untuk Loji Merbau Condong
ialah Glass Reinforced Pipe (GRP) bersaiz diameter 1,100 milimeter.
Difahamkan hanya Aksb yg mula guna paip ini di Malaysia?
Dengan itu, tidak ada rekod kesesuaian dan ketahanan untuk
perbandingan dengan paip MS yg biasa digunakan?)
Demikianlah cara Aksb@Kerajaan Kelantan uruskan kepentingan
Rakyat Kelantan.
WANG ADA - TELAGA SIAP - AIR SAJA TAK ADA.
Banyak sangat wang, sampai tanam paip pun lebih dalam dari
sepatutnya?
Husam Musa
14 Syawwal 1443H
15 Mei 2022