Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan agensi-agensi berkaitan ketika Perancis menyiasat dakwaan rasuah melibatkan penjualan kapal selam Scorpene kepada Malaysia pada 2002.
Bercakap dalam satu majlis PKR malam tadi, Anwar menyifatkan kegagalan agensi penguatkuasaan negara menyiasat dakwaan kes-kes rasuah yang besar seperti kes 1MDB sebagai memalukan apabila ia akhirnya dibongkar di institusi-institusi kehakiman di luar negara.