https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228502862413880&id=1152227773
Kepada Pejabat Komunikasi Istana DYMM YDPA.
Bismillah..
Tariq ibn Shihab melapurkan bahawa ada seorang sahabat bertanya Rasulullah (saw) : “Apakah jihad yang paling utama?” Baginda menjawab : “Bercakap benar di hadapan pemerintah yang zalim.” [Musnad Ahmad, hadis no. 18449]
Kalimah zalim dalam istilah agama tidak semesti bermaksud kejam. Ia juga termasuk tidak berlaku adil dan tidak meletakkan sesuatu yang kena dan sesuai pada tempatnya.
Maka apabila seorang penjenayah yang telah dihukum bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan negara ini kerana melakukan pecah amanah, menyalah-gunakan kedudukan serta mengubah wang haram dana RM42 juta milik SRC International dan seterusnya dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta tiba2 diberi keistimewaan untuk berkeliaran dalam Istana Raja dengan layanan mesra, rakyat ingin bertanya dengan penuh takzim bagaimana caranya untuk mendamaikan (i.e. reconcile) dua prinsip Rukun Negara berikut yang sedang berada dalam keadaan konflik :
1. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
2. Menghormati Kedaulatan Undang2.
Apabila Raja memberi layanan istimewa kepada seorang penjenayah yang tersohor di seluruh dunia, tidakkah ini melanggar prinsip Menghormati Kedaulatan Undang2? Tidakkah ini juga memberi impak negatif pandangan dunia terhadap Kedaulatan Undang2 negara ini?
Saya tidak ada cara lain untuk membangkitkan persoalan kritis ini kecuali melalui saluran media sosial sahaja yang merupakan satu2nya medan yang ada bagi rakyat menyuarakan pandangan.
Bagi menjernihkan keadaan dan hilangkan kegelisahan rakyat terhadap perkara ini dan seterusnya memelihara imej serta prestij institusi istana di mata rakyat yang sepatutnya befungsi sebagai payung untuk membela nasib rakyat, saya kira adalah baik dan berpatutan jika pihak istana dapat mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya supaya ia boleh ditatapi oleh seluruh rakyat.
Wassalam. Sekian, terima kasih.