KEADILAN Tambun enggan beri laluan Aziz Bari tanding di Tambun




 

KEADILAN Cabang Tambun enggan membenarkan Ketua Pembangkang DUN Perak, Dr Aziz Bari untuk bertanding di kerusi berkenaan.



Menurut Ketua Wanita KEADILAN Tambun, Norheizan Sofea Mustafa, Tambun merupakan kerusi parti itu sebelum diserahkan kepada Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu dan oleh itu KEADILAN lebih berhak ke atas kerusi berkenaan.



"Kerusi Tambun ditandingi oleh KEADILAN sejak 2008, cuma ia diberikan kepada Bersatu pada PRU 2018 kerana ketika itu parti berkenaan ada bersama PH.



"Kini mereka tidak lagi bersama PH. Maka, sepatutnya kerusi itu harus diserah semula kepada KEADILAN," katanya dipetik.



Aziz Bari sebelum ini membayangkan beliau akan mencabar penyandang kerusi Tambun dari Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam PRU akan datang.



Bagaimanapun Norheizan tegas mempertahankan KEADILAN tidak akan melepaskan kerusi Tambun apatah lagi kepada Aziz yang sebelum itu pernah meninggalkan parti berkenaan untuk menyertai DAP.