JANGAN CUBA KELIRUKAN RAKYAT DI MANA DATA MYSEJAHTERA DISIMPAN



“Saya kini menggesa menteri untuk membuktikan bahawa data-data peribadi rakyat Malaysia tidak terdedah kepada kepentingan dan tangan-tangan gelap, sama ada di dalam mahupun di luar negara. “Pemerintah mesti melakukan sedaya upaya mereka untuk mengelakkan sebarang kecuaian, dan dalam masa yang sama mesti mengukuhkan pendirian bahawa data-data tersebut milik rakyat, dan bukan kerajaan. Kementerian Kesihatan (KKM) juga mesti membenarkan audit dan data forensik dijalankan.