HUSAM MUSA : Kontraktor Lambat Dibayar Projek Aksb Lambat Siap?

 

Kontraktor Lambat Dibayar Projek Aksb Lambat Siap?

- Masalah Air Jadi Lambat Selesai

1. Lambat bayar tuntutan kerja - boleh menyebabkan projek Aksb lambat siap.

Kali ini kita melihat dari sudut yang lain sedikit.

Kita lihat dari kacamata kontraktor.

Supaya kita sentiasa bersikap saksama dalam sesuatu isu. Bukan sengaja mencari salah, tetapi mencari kebenaran.

2. Kita mulakan dengan 'Projek Mercu Tanda Aksb' - Merbau Condong yang begitu bermasalah.

Seingat saya, selepas lawatan YB Azmin Ali (semasa kerajaan PH) ke Loji Merbau Condong pada 12 Julai 2019, beliau telah meluluskan peruntukan tambahan Kerajaan Pusat sebanyak RM 14 juta kepada Aksb.

Aksb mungkin telah 'pusing duit' sehingga masih gagal melunaskan tunggakan bayaran pada kontraktor terbabit?

Pohon penjelasan Aksb ke mana wang itu dibelanjakan?

3. Kemudian kita beralih kepada Projek Loji Air Kg Telok yang masyhur kerana 'TELAGA SIAP - AIR TAK ADA'.

Ini antara projek terbaru Aksb.

Projek bernilai RM 48.2 juta ini pada mulanya dijadual siap pada 17 April 2019 lagi.

Iaitu dalam tempoh dua tahun. Bermula dari 19 April 2017.

Kontraktor diberikan tempoh lanjutan masa sehingga 17 Disember 2019.

Pada Disember 2019 itu, kontraktor hanya berjaya menyiapkan kerja sebanyak 72%.

Ia tertangguh untuk disiapkan sampailah April 2022.

Alasan kontraktor yang utama adalah Aksb GAGAL MEMBAYAR TUNTUTAN KERJA MENGIKUT JADUAL.

4. Projek Loji Kg Telok pernah 'dikategorikan di dalam status sakit' oleh Unit Pelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam lawatan pemeriksaan mereka pada 28 November 2019.

Betul ke apa saya tulis ni?

5. Kelewatan projek ini disiapkan memberikan kesan yg buruk kepada pengguna sekitar Pengkalan Chepa, terutamanya Kawasan Perindustrian dan juga Jajahan Bacok.

Selain itu, beban Loji Chicha untuk membekalkan air yg cukup menjadi berat kerana bekalan terpaksa disalurkan dari Loji Chicha. Sedangkan untuk pengguna di kawasan Kubang Kerian pun tak mencukupi.

6. Alasan kontraktor atas kelewatan itu ialah KELEWATAN AKSB MEMBUAT BAYARAN TUNTUTAN KERJA.

Sehingga Mei/Jun 2020, Aksb terlambat melunaskan tuntutan kontraktor LOji Kg Telok sebanyak RM 3.4 juta.

Ia kemudian meningkat kepada RM 4.6 juta selepas tuntutan bayaran interim No 26.

Mengikut perjanjian, Aksb sepatutnya membuat pembayaran tidak melebihi 30 hari dari tuntutan diterima.

7. Save Kelantan difahamkan, tuntutan RM 3.4 juta itu telah dibuat pembayaran oleh Kementerian Kewangan kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri pada 18 Mei 2020.

Perbendaharaan Kerajaan Kelantan pula telah menyalurkan wang tersebut kepada Aksb dua hari berselang, iaitu pada 20 Mei 2020.

8. Kami tak pasti bila Aksb melunaskan wang itu kepada kontraktor.

Mengikut info yg tak dapat disahkan, bayaran itu dilunaskan kepada kontraktor pada minggu kedua Jun 2020 sebanyak RM 3.4 juta.

Jika ini benar, ia memakan masa lebih dari tiga minggu dari tarikh wang diterima oleh Aksb dari Kerajaan Negeri atau TUJUH BULAN DARI TARIKH PENILAIAN TUNTUTAN TERAKHIR DIBUAT!

Bukan tidak melebihi 30 hari seperti sepatutnya.

Mungkin Aksb boleh menjelaskan keadaan sebenar.

9. Kali pertama Aksb gagal melunaskan tuntutan kontraktor Loji Kg Telok bermula pada Jun 2019.

Kontraktor telah membuat tuntutan sebanyak RM 1.1 juta tetapi bayaran dibuat hanya sebanyak 53,000!

Sedikit lucu. Tuntut sejuta, dapat tak sampai seratus ribu ringgit.

Ia berulang dan berterusan sehingga tunggakan berjumlah RM 3.4 juta dan kemudiannya meningkat lagi menjadi RM 4.6 juta.

Perbezaan antara tuntutan kontraktor Loji Kg Telok dan bayaran oleh Aksb bermula dari Jun 2019 adalah seperti berikut :

Tarikh Penilaian Jumlah Tuntutan Jumlah Bayaran oleh Aksb

30 Jun 2019 RM 1.1 juta RM 57,332

4 Ogos 2019 RM 736,000 RM 344,261

25 Ogos 2019 RM 394,250 RM 50,000

1 Oktober 2019 RM 474,250 tiada pembayaran

28 Oktober 2019 RM 142,270 RM 53,052

24 Nov 2019 RM 873,686 tiada pembayaran

5 Januari 2020 RM 1.17 juta tiada pembayaran

10. Tidak diketahui dengan jelas kenapa Aksb gagal membayar mengikut jumlah tuntutan kontraktor bermula dari tempoh itu.

Aksb 'pusing duit'?

Mungkin Aksb berhasrat memberikan penjelasan kepada publik.

11. Tulisan ini hanya bertujuan mencari sebab-sebab sesuatu projek gagal disiapkan atau gagal disiapkan mengikut jadual. Supaya Aksb dapat memenuhi keperluan Rakyat Kelantan terhadap bekalan air yg sempurna tanpa gangguan.

12. Ketika kontraktor Loji Kg Telok mempunyai sebab yang munasabah atas kelewatan mereka, Aksb pula bercadang menamatkan kontraktor terbabit.

Namun, tanpa pertimbangan teliti dan asas yang kukuh, sebarang penamatan kontrak memungkinkan pertambahan kos dan juga memakan masa yang lebih lama untuk disiapkan.

Mungkin kita akan lihat apa yang saya katakan ini menjadi kenyataan sedikit masa lagi.

13. Jika kenyataan MB Kelantan pada 21 Januari 2022 bahawa kontraktor utama Loji Kg Telok akan ditamatkan untuk pelantikan kontraktor baru benar-benar dilakukan, kemungkinan berikut akan berlaku :

a. Tempoh di antara 5 hingga 6 bulan diperlukan untuk melantik kontraktor baru bagi menyiapkan kerja yang belum selesai.

Jangkaan ini ada dalam kertas cadangan Aksb sendiri, setahu saya.

Itu baru menyelesaikan penamatan kontraktor lama dan pelantikan kontraktor baru. Lima hingga enam bulan diperlukan. Bukannya empat bulan seperti dinyatakan dengan begitu yakin oleh MB.

Belum mengambil kira tempoh penyiapan oleh kontraktor baru.

Ini bermakna, penyelesaian bekalan air untuk rakyat sekali lagi tertangguh dan tertangguh.

(Jangan lupa, dalam kenyataan media beliau pada 22 Januari 2022, dalam tempoh empat bulan sahaja masalah Loji Kg Telok akan selesai.

Tempoh empat bulan sudah berlalu 4 hari yang lalu)

b. Kos baru pembinaan yang terpaksa ditanggung oleh Aksb akan meningkat. Ini kerana, kadar harga semasa akan terpakai dan kadar lama tahun 2017 tidak lagi terpakai.

Berapa pula kos tambahan akan ditanggung oleh Aksb?

Larat ke Aksb cari wang?

c. Waranti atau jaminan pembinaan dari dua kontraktor berbeza akan menimbulkan banyak kesulitan pada masa akan datang.

d. Dari mana Aksb akan mendapat peruntukan tambahan nanti? Sedangkan tuntutan lama kontraktor pun belum habis dijelaskan.

e. Sejauh mana kontraktor baru lebih cekap dari kontraktor yang ditamatkan?

14. Aksb perlu jelaskan kenapa berlaku kelambatan pembayaran kemajuan projek Loji Kg Telok dan juga Loji Merbau Condong.

Dari kelambatan pembayaran itu, memungkinkan menjadi sebab bagi tergendalanya projek-projek bekalan air untuk Rayat Kelantan oleh Aksb.

15. Tulisan ini bertujuan menghindari apa jua bentuk KELEWATAN SELESAI MASALAH AIR RAKYAT KELANTAN.

Aksb oh Aksb......

May be an image of 1 person and text that says "Kegagalan LRA Kg Telok selesai wwwwwwwww empat bulan lagi MyMetro Kontraktor Lambat Dibayar Projek Aksb Lambat Siap? -Masalah Air Jadi Lambat Selesai"