AKSB GAGAL : 32,000 PENGGUNA MENDERITA SEJAK SEMALAM
Semalam saya berjanji menyambung posting mengenai cadangan
Aksb@Kerajaan Kelantan nak membina kolam takungan air sebagai cara terbaru
MENGUBAT PENYAKIT LOJI SIAP AIR TAK ADA.
Saya tangguhkan perbincangan itu dulu.
Kerana hal yg lebih mendesak.
Hari ini 32,000 akaun pengguna air Aksb dari EMPAT JAJAHAN
MENDERITA putus bekalan air. (Jika setiap akaun mempunyai lima orang ahli
keluarga, sekurang-kurang sekitar 150,000 orang akan terjejas).
MAKNANYA, LEBIH DARI RATUSAN RIBU ORANG RAKYAT KELANTAN AKAN
MENDERITA UNTUK BEBERAPA HARI!
Berdasarkan HEBAHAN GANGGUAN AIR terpapar di Laman Web Aksb
sendiri sejak semalam dan dikemas kini hari ini - 14 Mei 2022 - seperti di
bawah :
Apa pula sebab BEKALAN AIR AKSB TERPUTUS kali ini?
Kerana KABEL DAN PEPASANG ELEKTRIK RUMAH PAM TELAGA JEJARI AKSB
DI SUNGAI BAGAN ROSAK!
Kabel besar Aksb - 11 kv atau 11,000 volt.
Ikut kawan-kawan Tnb, kabel macam ini boleh tahan berpuluh tahun
bagi projek lain. Kalau pasang betul dan elok.
Bukan kabel TNB tetapi kabel yg dipasang oleh Aksb untuk
kegunaan rumah pam Aksb.
Kejadian yg jarang berlaku kalau kontraktor yg memasangnya baik.
Apa tah lagi bagi loji atau rumah pam yg baru siap seperti di Sungai Bagan, di
bawah Projek Merbau Condong yg penuh kontraversi dari awal.
Tetapi ia berlaku.
INFO TERKINI YG SAYA TERIMA - KERJA-KERJA PEMBAIKIAN KABEL YG
ROSAK INI MEMERLUKAN KONTRAKTOR PAKAR DALAM MENCARI LOKASI KEBOCORAN KABEL.
PANJANG KABEL YANG TERLIBAT ADALAH SEJAUH 800 METER ATAU
SETENGAH BATU.
KABEL INI DIPASANG DI TEPI SUNGAI BAGAN. KAWASAN INI RATA-RATA
DI PENUHI KEBUN JAGUNG PENDUDUK SETEMPAT DAN KAWASAN PENGAMBILAN PASIR.
BAHAGIAN M&E AKSB MUNGKIN TIDAK MEMPUNYAI KEPAKARAN
DIPERLUKAN.
SAYA AGAK KONTRAKTOR ELEKTRIK DARI KUALA LUMPUR TERPAKSA
DIPANGGIL DAN DENGAN ITU KEROSAKAN INI MEMERLUKAN MASA SEKURANG-KURANGNYA
SAMPAI SE HARI DUA LAGI UNTUK DIKESAN DAN PEMBAIKIAN SELESAI.
PANJANG JUGALAH MASA RATUSAN RIBU RAKYAT JELATA MENDERITA.
BERAPA PULA NANTI KOS PEMBAIKIAN INI? KALAU PUN TAK JUTAAN,
RATUSAN RIBU RINGGIT AKAN LESAP.
Sekarang, mari kita selidik kenapa hal ini boleh berlaku?
Ia kembali kepada cerita kontraktor yg dilantik oleh Aksb dulu
tidak ada kelayakan sub kepala untuk kerja elektrik dan mekanikal atau MnE yg
menjadi asas tender.
Ini lah yg ditegur oleh pegawai Aksb yg jujur masa itu. Mereka
pula yg diburu - seperti kenyataan YB D Hanifa di atas. Bukan nak betulkan
kesalahan. Kini, Allah tunjukkan KekuasaanNya.
Sejak awal lagi kontraktor utama yg dilantik tidak ada kelayakan
MnE. (Periksalah dokumen-dokumen pra kelayakan tender dulu. Kalau Aksb kata dah
tak ada, saya ada salinan dokumen itu).
Untuk menutup kekurangan itu, kontraktor yg tak layak dari awal
itu telah menubuhkan syarikat usaha sama dengan sebuah syarikat lain.
KONTRAKTOR INI TIDAK LAYAK DARI AWAL. Tetapi tetap dilantik.
Agak sendiri lah sebabnya.
Pihak tertentu dalam pengurusan Aksb telah menutup hilang
kelayakan ini.
Syarikat yg ditubuhkan untuk menutup kehilangan kelayakan ini
pula belum didaftarkan ketika mereka diberikan projek ini sehingga ditegur oleh
Penasihat Undang-Undang Kelantan sendiri masa itu.
Semua itu tidak dipedulikan oleh Aksb.
Mereka tetap lantik syarikat yg tak layak.
Bila saya membuat teguran terbuka, saya dituduh memfitnah Aksb.
Saya disaman atas tajuk ini, bukan tajuk yg lain.
Selang masa berlalu, Allah Maha Besar menunjukkan apa yg
terjadi.
Ia menyusahkan rakyat jelata.
Ia mengaibkan Aksb, kecuali Aksb pun beriman dengan malu apa.
Apa kita nak kata sekarang?
Apa kata, Pengerusi Aksb di masa itu, YB Datuk Hanifa Ahmad -
sekarang masih Exco - diminta berundur dari Exco Kerajaan Negeri kerana beliau
adalah orang yg bertanggung jawab meneruskan pelantikan kontraktor berkenaan
walau pun sudah diperingatkan?
Menjadi kewajipan beliau sebagai Pengerusi Aksb untuk menjaga
kepentingan Kerajaan dan Rakyat Kelantan melalui amalan pengurusan yg
beramanah.
Sebarang kepincangan kerana gagal mengikut amalan pengurusan yg
pruden hendaklah dipikul oleh mereka yg terlibat.
Tok-Tok Wakil Pas kena buka la mata. Jangan anggap teguran orang
lain langsung tak ada kebenaran. Tegur lah mana patut sebelum terlambat macam
sekarang.
Berapa Dun terlibat dari empat jajahan?
Kan Tok Wakil juga yg susah dan dimarahi. Kalau pun tidak
dibenci oleh rakyat?
MB tak payah lah letak jawatan, fasal KEGAGALAN AKSB bagi beliau
tak ada apa-apa yg hendak diherankan, kan.
Bagi ratusan ribu rakyat yg terjejas pun, tolong la buka mata.
Siasat apa sebab jadi macam ni.
ADAKAH ISLAM MEMBENARKAN SALAH LAKU PENGURUSAN SEHINGGA
MENYUSAHKAN RAKYAT?
Fikir-fikirkan.
Husam Musa
13 Syawwal 1443H
14 Mei 2022
======
AKSB 'buru' dalang bocorkan maklumat syarikat
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Mar 6, 2018 10:14 PM
Air Kelantan Sdn Bhd (ASB) akan membuat siasatan dalaman bagi
mencari dalang yang membocorkan dokumen projek Skim Bekalan Air Merbau Condong
Fasa II (Pakej I) kepada pihak luar.
Pengerusi Lembaga Pengara AKSB, Datuk Hanifa Ahmad, berkata
siasatan itu akan bermula esok bagi mencari jawapan bagaimana dokumen tender
projek bernilai RM27.1 juta itu bocor.